Page 86 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 86
Penentangan Individu
Kegiatan anti-Jepun turut digerakkan secara individu seperti
penentangan Gurchan Singh dan Sybil Kathigasu.
Gurchan Singh
Gurchan Singh menggerakkan penentangan terhadap
pendudukan tentera Jepun dengan cara menyebarkan risalah
dan propaganda menggunakan nama samaran “Lion of Malaya”.
3
Risalah penentangan yang dihasilkan oleh Gurchan Singh
diedarkan secara teratur dan berkesan untuk memberitahu
BAB penduduk tentang fakta sebenar perang dan pendudukan
tentera Jepun.
Beliau berjaya menghadiri sidang akhbar tentera Jepun
dengan menyamar sebagai wartawan dan mendalangi sabotaj Gurchan Singh, anggota polis
terhadap landasan kereta api yang menjejaskan pengangkutan sebelum pendudukan Jepun.
tentera Jepun. Beliau ditangkap oleh Kempeitai setelah Sumber: Gurchan Singh, 1982. Singa:
The Lion of Malaya: Being the Memoirs
dikhianati, namun berjaya melarikan diri ke Burma sehingga of Gurchan Singh. Petaling Jaya: Eastview
perang tamat. Productions.
Sybil Kathigasu
Sybil Medan Daly atau lebih dikenali sebagai Sybil Kathigasu,
jururawat yang terkenal dengan keberanian dan kecekalan
membantu mangsa perang dan gerila anti-Jepun di Perak.
Sybil dan suaminya Dr. Abdon Clement Kathigasu
mengendalikan sebuah klinik di Ipoh sebelum perang sehingga
kedatangan Jepun. Semasa pendudukan Jepun, pasangan ini
memberikan bantuan ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan
kepada gerila anti-Jepun.
Sybil juga menyembunyikan radio dan berkongsi maklumat
yang diperoleh daripada siaran radio British dengan gerila
Sybil Kathigasu
anti-Jepun. Sybil dan suaminya ditangkap oleh tentera Jepun
apabila kegiatan mereka terbongkar. Semasa berada di dalam
tahanan, penyeksaan demi penyeksaan dilakukan oleh tentera
Jepun sehingga menyebabkan kematian suaminya. Setelah
tentera Jepun menyerah kalah, Sybil dibebaskan dan diterbangkan
ke Britain untuk menerima rawatan perubatan.
Sybil Kathigasu dianugerahi Pingat King George di Istana
Buckingham oleh Raja George VI kerana keberaniannya semasa
pendudukan Jepun dan merupakan wanita dari Tanah Melayu
yang menerima anugerah tersebut.
Memoir Sybil Kathigasu.
Sumber: Sybil Kathigasu, 1959. No Dram of Mercy.
London: The Harborough Publishing Co. Ltd.
78
78

