Page 91 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 91
Selepas Jepun menyerah kalah, Lord Louis Mountbatten (Lord Mountbatten),
Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara merancang untuk
segera mendarat di Tanah Melayu semula. Namun begitu, beliau tidak
dibenarkan berbuat demikian sehingga selesai upacara penyerahan rasmi oleh
pemerintah tentera Jepun kepada Jeneral Douglas MacArthur, Pemerintah
Tertinggi Tentera Bersekutu di Pasifik pada 2 September 1945. Oleh sebab
itu, tentera British mula kembali ke Tanah Melayu pada 3 September 1945.
Seterusnya, upacara rasmi penyerahan kalah tentera Jepun diadakan di Sabah,
Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu. 3
BAB
Pendaratan pertama tentera British di Pulau Pernyataan menyerah kalah tentera Jepun kepada tentera
Pinang pada 3 September 1945, tiga minggu Bersekutu yang ditandatangani oleh Leftenan Jeneral Seishiro
selepas Jepun menyerah kalah. Itagaki, Pemerintah Tertinggi Tentera Ekspedisi Jepun Wilayah
Sumber: Mohd Azzam Mohd Hanif Ghows, 2006. Selatan dan Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera
The Malayan Emergency Revisited 1948–1960. Bersekutu di Asia Tenggara.
Kuala Lumpur: AMR Holding Sdn. Bhd.
Pemerintah Tertinggi Tentera Jepun ke-37, Leftenan
Jeneral Masao Baba menyerah kalah di Surrender
Point, Labuan pada 10 September 1945.
Sumber: https://www.awm.gov.au/collection/OG3492/.
Dicapai pada 2 September 2019.
Mejar Jeneral Hiyoe Yamamura menyerah kalah
kepada tentera Bersekutu di atas kapal Tentera
Laut Australia, HMAS Kapunda di Kuching,
Sarawak pada 11 September 1945.
Sumber: Bob Reece, 1998. Masa Jepun: Sarawak
Under The Japanese 1941–1945. Kuching: Sarawak
Literary Society.
Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera
Bersekutu di Asia Tenggara menandatangani
pernyataan menyerah kalah tentera Jepun
di Singapura pada 12 September 1945.
Sumber: Mohd Azzam Mohd Hanif Ghows, 2006.
The Malayan Emergency Revisited 1948–1960. Kuala
Lumpur: AMR Holding Sdn. Bhd.
Jeneral Teizo Ishiguro menyerah kalah kepada
Leftenan O.L. Roberts di Kuala Lumpur pada
13 September 1945.
Sumber: Mohd Azzam Mohd Hanif Ghows, 2006.
The Malayan Emergency Revisited 1948–1960. Kuala
Lumpur: AMR Holding Sdn. Bhd.
Penyerahan kalah tentera Jepun menamatkan pendudukan Jepun di negara kita yang berlangsung
dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945.
83

