Page 81 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 81

Layanan terhadap Penduduk                          Kekejaman  tentera  Jepun  terhadap
                                                                       masyarakat awam digambarkan dalam novel
                    Pentadbiran  tentera  Jepun  memberikan  layanan   Nyawa di-hujong Pedang.  Novel  tersebut
                    berbeza-beza mengikut kaum berdasarkan kepentingan   berdasarkan kisah sebenar pemuda Melayu
                    tentera  Jepun.  Tentera  Jepun  memberikan  layanan   yang ditangkap dan diseksa oleh Kempeitai
                    baik  kepada  orang  Melayu  serta  peribumi  lain  yang   kerana  difitnah  terlibat  dalam  gerakan
                    bekerjasama  dengan  Jepun.  Tentera  Jepun  bertindak   menentang Jepun. Beliau terselamat apabila
                    sedemikian untuk mendapatkan sokongan masyarakat   tentera  Jepun  menyerah  kalah.  Kempeitai
                    peribumi bagi melicinkan pemerintahan.             Jepun kemudiannya dihukum gantung oleh
                        Selain  itu,  tentera  Jepun  membantu  orang  India   tentera British.                 BAB
                    menubuhkan  Tentera  Kebangsaan  India  di  Tanah
                    Melayu dan Borneo Utara di bawah pimpinan Subhas
                    Chandra Bose. Orang India digalakkan menyertainya                                           3
                    untuk kemerdekaan negara India. Layanan sedemikian
                    bertujuan mendapatkan kerjasama orang India dalam
                    rancangan tentera Jepun menguasai negara India.
                        Bagi orang Cina pula, tentera Jepun memberikan
                    layanan  kejam  kepada  mereka  lanjutan  permusuhan
                    daripada  Perang  China-Jepun.  Orang  Cina  juga
                    dipaksa membayar sejumlah wang sebagai hukuman
                    penentangan  mereka  terhadap  Jepun  semasa  Perang
                    China-Jepun.
                        Masyarakat  berbilang  kaum  di  negara  kita
                    mengalami kesengsaraan dan pengalaman pahit akibat
                    kekejaman  tentera  Jepun.  Kaum  Cina  mengalami
                    kesengsaraan  lebih  teruk  berbanding  dengan  bangsa   Novel  Nyawa  di-hujong Pedang  karya
                    Melayu, India serta peribumi di Sarawak dan Sabah.  Ahmad Murad Nasaruddin.
                        Landasan Kereta Api Maut adalah antara bukti
                    kekejaman pentadbiran tentera Jepun. Terdapat orang
                    Melayu, Cina dan India yang dipaksa menjadi buruh
                    membina  landasan  kereta  api.  Dalam  pembinaan
                    landasan  kereta  api  tersebut,  ramai  yang  terkorban
                    akibat  kerja  berat,  kekurangan  makanan  dan
                    ubat-ubatan,  pelbagai  jenis  penyakit  serta  suasana
                    buruk di tempat kerja.



                    Dasar  pendudukan  Jepun  meninggalkan  pelbagai
                    kesan  kesengsaraan  dan  penderitaan  kepada  rakyat.
                    Pengalaman  tersebut  membentuk  jiwa  masyarakat
                    tentang  kepentingan  ketahanan  fizikal  dan  mental
                                                                       Landasan  Kereta  Api  Maut  dibina  sejauh
                    semasa  menghadapi  cabaran  hidup.  Penduduk
                                                                       415  kilometer  dari  Thailand  ke  Burma
                    memperoleh  keberanian,  kepercayaan  diri,  semangat   (Myanmar)  melalui  hutan  tebal  tropika  dan
                    spiritual  dan  mental  yang  kuat  bagi  menghadapi   pergunungan.  Tenaga  kerja  terdiri  daripada
                    kekejaman  pentadbiran  tentera  Jepun.  Keadaan   200  ribu  buruh  paksa  (romusha)  dari  negara
                                                                       Asia  Tenggara  dan  60  ribu  tawanan  perang
                    ini  seterusnya  mencetuskan  penentangan  rakyat   pihak Bersekutu.
                    dalam  pelbagai  bentuk  terhadap  pendudukan  Jepun     Sumber: Ramlah Adam, 2007. Sejarah Tingkatan 3.
                    di negara kita.                                    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

                                                                                                     73
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86