Page 132 - SAINS T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 132

1.  Kelajuan ialah ukuran kepantasan pergerakan suatu objek dari suatu
               tempat ke tempat yang lain.

           2.  Kelajuan dikira sebagai jarak yang dilalui oleh suatu objek yang bergerak
               dalam masa tertentu.

           3.  Unit bagi ukuran kelajuan ialah:

               •  sentimeter per saat (cm/s).
               •  meter per saat (m/s).
               •  kilometer per jam (km/j).


           4.  Objek yang bergerak lebih laju akan:

               •  mengambil masa yang lebih singkat untuk bergerak dalam suatu jarak
                  yang telah ditetapkan.

               •     bergerak pada jarak yang lebih jauh dalam suatu masa yang telah ditetapkan.


           5.  Kelajuan dapat dikira dengan membahagi jarak yang dilalui dengan masa
               yang diambil, iaitu:

                                                       Jarak
                                         Kelajuan =
                                                       Masa


           6.  Jarak yang dilalui dapat dikira dengan mendarab kelajuan dengan masa
               yang diambil, iaitu:


                                       Jarak = Kelajuan x Masa




           7.  Masa yang diambil dapat dikira dengan membahagi  jarak yang dilalui
                 dengan kelajuan, iaitu:


                                                       Jarak
                                           Masa =
                                                      Kelajuan





     124
   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137