Page 136 - SAINS T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 136

Kerosakan Makanan

           Alia hendak bersarapan pagi sebelum ke kelas tambahan.




                                                               Ibu, susu ini sudah
       Susu ini telah dibuka                                   berbuih-buih dan
       dari minggu lepas.                                      berketul-ketul.








                                                                                   Jangan
                                                                                   minum susu
                                                                                   itu. Susu itu
                                                                                   sudah rosak.





           Bahan makanan menjadi rosak akibat tindakan mikroorganisma seperti bakteria
           dan kulat yang menguraikan makanan daripada bentuk yang kompleks kepada
           bentuk yang ringkas.



                              Apakah ciri-ciri makanan yang rosak?




                                  Susu yang rosak dapat diperhatikan apabila
                                  tekstur susu berubah menjadi berbuih-buih
                                  dan berketul-ketul. Susu juga akan berbau
                                  busuk dan berasa masam. Susu berasa
                                  masam kerana bakteria di dalam susu
                                  tersebut telah menghasilkan asid.




                               Roti dan nasi yang rosak akan ditumbuhi
                               tompok-tompok kehitaman, iaitu kulat. Nasi juga
                               akan berlendir dan berbau busuk. Kandungan
                               air dalam makanan dan kelembapan udara
                               persekitaran menggalakkan pertumbuhan
                               mikroorganisma seperti kulat.




                     8.1.1,         Penguraian ialah proses bahan organik diuraikan oleh
                     8.1.2,
     128             8.1.3         mikroorganisma untuk menjadi bahan yang lebih ringkas.
   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141