Page 47 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 47
Menulis
Hilangkan Nafas Berbau
Doktor gigi telah membuat lawatan ke SK Seri Makmur. Murid-murid
diberi penerangan tentang cara penjagaan kebersihan mulut bagi
menghilangkan nafas berbau.
1 Membersihkan Gigi pada Setiap Hari
Pastikan kamu memberus gigi selama dua hingga tiga minit.
Gunakan flos dengan betulnya untuk membuang sisa makanan
di celah-celah gigi. Cara ini dapat menghindarkan kawasan gigi
daripada bakteria dan plak.
Membersihkan Lidah pada Setiap Hari 2
Ada banyak bakteria bersembunyi di rekahan lidah dan
di bahagian belakang lidah. Bakteria dapat menghasilkan
sulfur yang menyebabkan mulut berbau. Oleh itu, bersihkan
lidah kamu dengan alat pembersih lidah.
3 Berjumpa dengan Doktor Gigi
Doktor gigi boleh mengesan punca dan bertindak awal sekiranya
kamu mempunyai masalah gigi. Kamu disarankan untuk berjumpa
dengan doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Minum Air 4
Minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari dapat
merangsang pengeluaran air liur, membilas sisa makanan
pada gigi dan melembapkan kawasan mulut.
Kini, Farisha dan rakan-rakannya telah
memahami penjagaan kebersihan mulut
dengan cara yang betul. Gigi dan mulut yang
bersih dapat menghilangkan nafas berbau.
Aktiviti
Menulis teks prosa yang diimlakkan.
• Bimbing murid menulis teks prosa yang dibaca oleh rakan.
Nota
Guru Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Mengaplikasi – Menghasilkan
3.2.4 EMK: Nilai Murni – Kebersihan Fizikal dan Mental 33
KPM

