Page 147 - Geografi_Tingkatan_4
P. 147

10.2.2     Tindakan Ombak Melalui Proses Pengangkutan


           Pengangkutan  ombak  ialah  proses  mengangkut  atau  membawa  bahan-bahan  yang  terhakis
           di pinggir pantai. Bahan yang berbeza diangkut dengan cara yang berbeza oleh ombak. Berikut
           adalah cara pengangkutan ombak iaitu:


                   Hanyutan pesisir pantai

             ●  Pengangkutan  bahan-bahan  pantai  juga   Arah hanyutan susur pesisir
               dilakukan oleh arus pesisir pantai.                    Basuhan balik
             ●  Arus pesisir  terjadi  apabila  damparan
               ombak yang membawa bahan muatan dalam        Damparan
               keadaan  sudut serong. Manakala  basuhan      ombak
               balik atau lurutan ombak  berkeadaan sudut
               tepat dengan garis pantai.
             ●  Keadaan ini akan menghasilkan pergerakan
                                                           Arah ombak dan               Laut
               pantai secara zig-zag.
                                                            tiupan angin
                                                                             Ombak serong
                                                            Rajah 10.3  Pergerakan damparan ombak
                                                                     dan basuhan balik




                     Golekan

              ●  Golekan merupakan satu proses menyeret
                beban tersebut sedikit demi sedikit oleh           Apungan
                arus ombak.
              ●  Bebanan  yang  lebih  besar,  berat  dan    Bahan apungan terdiri daripada bebanan
                tumpat seperti batu tongkol, batu lada dan   yang ringan seperti:
                pasir kasar akan diangkut secara golekan     ●  Bahan terhakis dan halus iaitu lumpur
                atau seretan.                                  dan kelodak.
                                                             ●  Bahan yang mempunyai daya apungan
                                                               seperti  daun-daun  atau  batang  kayu
                                                               yang ringan.
                  Lompatan

            ●  Batuan yang sederhana besar diangkut
              secara lompatan.
            ●  Contoh batu kerikil dan serpihan batuan.      Info

                                                           Faktor-faktor yang mempengaruhi pengangkutan
                                                           ombak di pinggir pantai ialah tenaga arus, tenaga
                                                           ombak, pasang surut, kecerunan, halangan, orientasi
                                                           pantai, saiz bahan, jenis batuan dan bentuk bahan.
                                                                (Sumber:  Rusly Musa & Nurashikin Abdullah, 2017)




                                                     136
                                                     136
   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152