Page 148 - Geografi_Tingkatan_4
P. 148

10.2.3    Tindakan Ombak Melalui Proses Pemendapan


             Faktor-faktor yang mempengaruhi pemendapan ombak adalah seperti berikut:



                             ●  Ombak pembina memainkan peranan penting dalam proses memendapkan
                 Jenis         beban ombak di pinggir pantai.
                 ombak       ●  Pemendapan ombak  biasanya  berlaku  di  pinggir  pantai  yang  terlindung
                               kerana halaju ombak yang kurang serta angin bertiup perlahan.




                 Beban       ●  Beban ombak yang dimendapkan datangnya dari sungai, bahan-bahan yang
                sedimen        dihasilkan oleh hakisan dan proses luluh hawa di kawasan pinggir pantai.




                             ●  Halaju ombak akan berkurang di pinggir pantai yang landai dan terlindung
                Keadaan        serta semasa angin bertiup perlahan.
              garis pesisir  ●  Keadaan ini menyebabkan bahan-bahan yang lebih halus dimendapkan
                               di bahagian pesisir pantai.




                Tenaga       ●  Arus ombak memendapkan bahan-bahan yang lebih kasar di bahagian pantai
                 ombak         yang lebih dalam dan bahan lebih halus dimendapkan di pesisir pantai.






                            10A           Pembelajaran berasaskan projek
                 Tajuk:    Model hasil tindakan ombak di pinggir pantai.
                 Objektif:  Mengenal pasti bentuk muka bumi yang terhasil akibat daripada proses hakisan
                         dan pemendapan di pinggir pantai.
                 Alatan:   Polisterin, gam, kadbod, pen penanda pelbagai warna, kertas manila, surat khabar
                         dan cat air.
                 Langkah-langkah:
                 1.  Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
                 2.   Rendam surat khabar kemudian bentukkan seperti bentuk muka bumi pinggir pantai dan
                    gam di atas kadbod.
                 3.   Warnakan bentuk muka bumi pinggir pantai dengan cat air.
                 4.   Labelkan setiap bentuk muka bumi pinggir pantai menggunakan kertas manila dan pen
                    penanda pelbagai warna.
                 5.   Setelah model siap dibina, model setiap kumpulan tersebut hendaklah diletakkan
                    di bahagian sudut bacaan kelas.
                 6.   Murid bergerak secara bergilir-gilir untuk melihat model yang dihasilkan oleh kumpulan
                    yang lain.



                                                      137
                                                      137
   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153