Page 149 - Geografi_Tingkatan_4
P. 149

10.3         BENTUK MUKA BUMI AKIBAT TINDAKAN OMBAK
                       DI PINGGIR PANTAI

           Ombak melakukan hakisan, pengangkutan dan pemendapan di pinggir pantai. Kesannya, terbentuk
           pelbagai jenis bentuk muka bumi di kawasan pinggir pantai.

           10.3.1     Bentuk Muka Bumi Akibat Hakisan Ombak di Pinggir Pantai

           Bentuk muka bumi yang terbentuk hasil daripada hakisan ombak ialah cenuram dan teres hakisan
           ombak, teluk dan tanjung, lohong ombak, anak teluk, gua, gerbang laut, batu tunggul dan tunggul sisa.


           Cenuram dan teres hakisan ombak
                                                      ➊                      Aras air pasang
           ●  Ombak menghakis di kawasan ‘P’ yang                       P     Aras air surut
             terletak di antara aras air pasang dan           Daratan
             aras air surut, rujuk Rajah 10.4.
           ●  Disebabkan hakisan yang berterusan      ➋
             membentuk  lekukan di ‘P’. Bahan                                  Aras air pasang
             yang terhakis ditimbunkan di ‘Q’                 Daratan   P      Aras air surut
             lalu membentuk teres luar pesisir.                                 Q
           ●  Pengunduran cenuram ke darat oleh
             tindakan hakisan menyebabkan             ➌     Cenuram
             terbentuknya teres hakisan ombak.                      Teres hakisan ombak
           ●  Teres hakisan ombak ini jelas                                   Aras air pasang
             kelihatan apabila air surut.                     Daratan         Aras air surut
                                                                                  Teres luar pesisir
           ●  Contoh teres hakisan ombak
             di Pantai Dorset (England).                  Rajah 10.4  Peringkat pembentukan cenuram
                                                                  dan teres hakisan ombak

           Teluk dan Tanjung

           ●  Di kawasan yang mempunyai susunan batuan keras dan batuan lembut secara berselang seli,
              batuan lembut akan lebih cepat terhakis lalu membentuk teluk seperti Teluk Pandan (Sarawak)
              dan Tanjung Ringgit, Lombok (Indonesia).
           ●  Batuan keras pula bertahan lalu membentuk tanjung yang menganjur ke arah laut.

                 Batuan lembut
                  Batuan keras


                                       Teluk





                                           Laut     Arah ombak

                                           Tanjung
                  Rajah 10.5  Tanjung dan teluk                         Foto 10.1  Teluk Pandan (Sarawak)


                                                     138
                                                     138
   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154