Page 166 - Geografi_Tingkatan_4
P. 166

11.4          KESAN TABURAN PENDUDUK PADAT
                         DAN JARANG DI DUNIA


             Taburan penduduk yang tidak sekata di dunia akan meninggalkan pelbagai kesan seperti:

                                     Kesan taburan penduduk padat



              Persaingan guna tanah
              ●  Kepadatan penduduk di bandar menyebabkan berlakunya persaingan guna tanah.
              ●  Keperluan guna tanah untuk kawasan petempatan, perindustrian, pengangkutan dan
                  perniagaan semakin meningkat.
              ●  Persaingan guna tanah menyebabkan saiz tanah semakin berkurangan dan kos tanah
                  semakin meningkat.
              ●  Banyak tanah pertanian di China terpaksa dijadikan kawasan kediaman berikutan
                  penduduknya yang ramai dan padat. Contoh Sichuan (China).














                                                  Sichuan (China)


              Masalah kemiskinan
              ●  Kepadatan penduduk yang tinggi menyebabkan
                 masalah pengangguran, kemiskinan bandar
                dan taraf hidup yang rendah.
              ●  Pengangguran wujud kerana sumber ekonomi
                 dan peluang pekerjaan yang ditawarkan terhad
                 berbanding dengan bilangan penduduk.
                Contoh Siem Reap (Kemboja).
              ●  Pengangguran mengakibatkan kemiskinan
                 bandar seperti Manila (Filipina).
                                                                       Siem Reap (Kemboja)





                       GLOSARI                                                           BAB 11  Nota8  155
                                                                                          http://kubupublication.com.my/Geografi/Tingkatan4/Nota8.pdf
                                              Layari laman sesawang http://kubupublication.com.my/
              Guna tanah: Pengubahsuaian      Geografi/Tingkatan4/Nota8.pdf untuk mengetahui
              permukaan tanah untuk memenuhi   dengan lebih lanjut tentang jumlah penduduk di China.
              keperluan manusia.              (Dicapai pada 5 Mac 2019)



                                                      155
                                                      155
   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171