Page 167 - Geografi_Tingkatan_4
P. 167
Pencemaran sumber alam
● Kawasan yang padat penduduk akan
mengalami masalah pencemaran seperti
pencemaran udara, air dan bau.
● Menurut satu kajian oleh Majlis
Penyelidikan Perubatan India (ICMR),
Sungai Ganges penuh dengan bahan
pencemar sehingga penduduk sekitar
terdedah kepada pelbagai penyakit
daripada tempat lain di India.
Pencemaran Sungai Ganges (India).
Kemerosotan kualiti hidup
● Kawasan setinggan yang sesak
dan padat di bandar menyebabkan
pelbagai penyakit mudah merebak
seperti malaria, denggi dan taun.
● Contoh pada tahun 2019, Dhaka
(Bangladesh) dilanda wabak demam
denggi yang teruk menyebabkan
kematian yang tinggi dalam
kalangan penduduk.
(Sumber: My Metro, 2019)
Kawasan setinggan memudahkan pelbagai penyakit merebak.
Memperluaskan saiz pasaran domestik
● Penduduk yang padat dapat membantu
meluaskan saiz pasaran domestik dan
mampu menarik pelaburan dari luar.
● Contoh pasaran barangan tempatan
di China sangat luas kerana bilangan
penduduknya yang ramai.
Perluasan saiz pasaran.
Kita mestilah bersyukur menjadi rakyat Malaysia kerana sumber alam di Malaysia
banyak dan masih lagi dapat menampung jumlah penduduknya.
156
156

