Page 168 - Geografi_Tingkatan_4
P. 168

Kesan taburan penduduk jarang



                                                    Sumber alam terpelihara
                                                    ●  Kawasan penduduk jarang dapat memelihara
                                                       sumber alam kerana sumber alam tidak
                                                       dibangunkan sepenuhnya.
                                                    ●  Penduduk yang jarang membolehkan pemilikan
                                                       tanah lebih luas. Ini mendorong kepada
                                                       peningkatan produktiviti per kapita.
                                                    ●  Contoh sumber alam negara Bhutan tidak
                                                       dibangunkan sepenuhnya dan masih terpelihara.
                             Bhutan


             Perkembangan ekonomi yang perlahan
             ●  Kawasan penduduk yang jarang menyebabkan tenaga kerja dan saiz pasaran yang kecil untuk
                memajukan ekonomi.
             ●  Kawasan penduduk jarang juga mempunyai pendapatan per kapita yang rendah kerana hasil
                pendapatan datang dari sektor ekonomi tradisional seperti pertanian, perternakan dan perikanan.
             ●  Contoh Mauritania negara berpenduduk jarang dan mengalami pertumbuhan ekonomi
               yang perlahan.



             Infrastruktur terhad
             ●  Sesebuah negara yang mempunyai bilangan penduduk yang sedikit akan mengehadkan
               pembangunan infrastruktur.
             ●  Infrastruktur terhad kerana kekurangan bilangan tenaga kerja dan kepakaran.
             ●  Contoh kerajaan di Republik Palau yang terletak di Asia Pasifik tidak dapat menubuhkan
               universiti kerana negara ini mempunyai bilangan penduduk yang terlalu sedikit iaitu lebih
               kurang 25 orang sahaja di dalam satu pulau.




                  Info
                                                            11B            Kajian Lapangan
                Republik Maldives ialah sebuah negara
                kepulauan yang mempunyai kepadatan   Tajuk:    Kesan taburan penduduk di sesuatu kawasan.
                penduduk yang tinggi iaitu 1 102 orang   Objektif:  Mengenal pasti kesan-kesan taburan
                setiap (km ). Negara ini merupakan        penduduk di kawasan kajian.
                       2
                negara ke 11 yang mempunyai      Langkah-langkah:
                penduduk padat di dunia.
                  (Sumber:  World Population Review, 2019)  1.  Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
                                                 2.   Murid diminta memilih satu kawasan dan mengenal
                                                     pasti jenis taburan penduduk di kawasan tersebut.
                                                 3.   Murid memerhati kawasan tersebut dan mencatat
                                11D                  tentang kesan yang berlaku disebabkan oleh taburan
               Jelaskan masalah yang dihadapi oleh   penduduk di kawasan tersebut.
               bandar-bandar besar akibat daripada   4.   Hasil kajian perlu dibentangkan di hadapan kelas.
               tumpuan penduduk yang terlalu ramai.


                                                      157
                                                      157
   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173