Page 187 - Geografi_Tingkatan_4
P. 187

13.3         FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI


           Migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu:

                         Faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman





                      Faktor Tolakan                               Faktor Tarikan


            Peluang pekerjaan terhad                 Banyak peluang pekerjaan
            ●  Berlaku kerana pembangunan dan        ●  Terdapat banyak peluang pekerjaan di bandar.
               penggunaan jentera dalam sektor       ●  Contoh dalam sektor perindustrian, perniagaan
               pertanian.                               dan perkhidmatan.
            ●  Contoh penggunaan jentera secara
               meluas  seperti  jentera  pembajak            Kadar upah tinggi
               dan penuai.                           ●  Kadar upah yang tinggi di bandar dapat
                                                        meningkatkan taraf hidup penduduk.
            Kadar upah rendah                        ●  Contoh penduduk dapat menikmati kehidupan
            ●  Taraf  hidup  rendah  di  luar  bandar   yang lebih selesa dari aspek perkhidmatan.
               kerana kadar upah rendah.
            ●   Contoh  penoreh  getah  dan  nelayan   Peluang pendidikan
               bergantung kepada faktor cuaca.       ●  Terdapat peluang pendidikan tinggi yang luas
                                                        di bandar.
            Kekurangan peluang pendidikan            ●  Contoh  terdapat  banyak  institusi  pendidikan
            ●  Kekurangan institusi pendidikan tinggi   tinggi  awam  seperti  Universiti  Malaya  dan
               di kawasan luar bandar menyebabkan       institusi pendidikan swasta.
               golongan muda berhijrah untuk
               melanjutkan pelajaran.                Kemudahan perkhidmatan
                                                     ●  Kemudahan perkhidmatan banyak disediakan
            Kekurangan kemudahan perkhidmatan           berbanding di luar bandar.
            ●  Kekurangan kemudahan perkhidmatan     ●  Contoh perdagangan, perniagaaan, perbankan
               seperti  perdagangan,  perniagaan,       dan insurans.
               perbankan dan insurans.




                        13A           Stimulasi

            Tajuk:    Faktor-faktor mempengaruhi migrasi dalaman.
            Objektif:  Mengenal pasti faktor mempengaruhi migrasi dalaman.
            Bahan/alatan:  Kertas A4.
            Langkah-langkah:
            1.  Beberapa orang murid dipilih untuk melakonkan watak migran dari pelbagai faktor.
            2.   Murid-murid terpilih akan melakonkan situasi faktor tolakan dan tarikan migrasi dalaman.
            3.   Murid yang lain akan mendengar dan mencatat dapatan dalam kertas A4.
            4.   Murid akan merumuskan faktor tolakan dan tarikan migrasi dalaman.



                                                     176
                                                     176
   182   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192