Page 188 - Geografi_Tingkatan_4
P. 188

Faktor-faktor yang
                                             mempengaruhi migrasi
                                                  antarabangsa
                    Faktor tolakan
                      negara asal                                           Faktor tarikan
                                                                          negara yang dituju




               Kurang peluang pekerjaan                         Peluang pekerjaan
               ●  Peluang pekerjaan kurang kerana               ●  Banyak peluang pekerjaan dalam
                  terdapat lebihan tenaga kerja                    sektor pembinaan, perindustrian
                  di negara asal menyebabkan                       dan perladangan.
                  berlakunya pengangguran.                      ●  Contoh migran Indonesia,
               ●  Contoh dalam sektor pertanian,                   Bangladesh, Filipina dan
                  perikanan dan penternakan.                       Kemboja di Malaysia.



               Kadar upah yang rendah                           Kadar upah yang tinggi
               ●  Kadar upah yang rendah dan pendapatan         ●  Kadar upah tinggi meningkatkan
                  yang tidak tetap menyebabkan taraf hidup         taraf hidup pekerja asing.
                  penduduk rendah.                              ●   Contoh Amerika Syarikat, Jepun,
               ●   Contoh penduduk Bangladesh berpindah            Brunei dan Singapura.
                  ke negara lain seperti ke Malaysia.


                                                                Peluang pendidikan luas
               Politik tidak stabil
               ●  Keadaan politik yang tidak stabil seperti     ●  Terdapat migran yang berhijrah
                  berlaku peperangan menyebabkan                   atas faktor melanjutkan pelajaran.
                  penduduk berpindah ke negara lain             ●  Contoh terdapat banyak kolej
                  untuk mendapatkan perlindungan.                  IPTA dan IPTS.
               ●   Contoh Palestin dan Syria.

                                                                Kestabilan politik
                                                                ●  Keadaan politik yang stabil
               Bencana alam                                        menarik minat pelabur dan
               ●  Bencana alam menyebabkan ada migran              pekerja asing berhijrah.
                  yang berpindah ke negara lain.                ●  Contoh ke Malaysia, Australia
               ●  Contoh kemarau di Somalia, penduduk              dan New Zealand.
                  berpindah ke Kenya dan Tanzania.




               Dasar kerajaan
               ●  Dasar kerajaan menggalakkan migrasi keluar ke negara
                  lain untuk tujuan melanjutkan pendidikan tinggi.
               ●   Contoh migran melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam
                  Antarabangsa (UIA) dan Universiti Teknologi Petronas
                  (UTP) di Malaysia.


                                                      177
                                                      177
   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193