Page 192 - Geografi_Tingkatan_4
P. 192
Menyediakan kemudahan insentif
● Pihak kerajaan dan swasta menyediakan pelbagai kemudahan
sebagai insentif kepada penduduk tempatan untuk bekerja
seperti di kawasan perindustrian.
● Contoh insentif asrama pekerja, kemudahan cuti bersalin dan
pemberian bonus.
Menguatkuasakan undang-undang
pengambilan pekerja asing
● Peraturan proses pengambilan pekerja asing diketatkan
dan tindakan tegas ke atas mereka yang memasuki ke
sesebuah negara secara haram contoh Malaysia.
● Contoh pemberian permit yang terhad, ujian tahap
kesihatan dan peningkatan operasi penguatkuasaan
Langkah-langkah pendatang asing tanpa izin (PATI).
mengurangkan kesan
migrasi antarabangsa
Meningkatkan kemahiran pekerja tempatan
● Program pembangunan tenaga kerja tempatan perlu dipertingkatkan
supaya tidak terlalu bergantung kepada pekerja asing.
● Contoh latihan yang diberikan kepada rakyat tempatan seperti
Kolej Vokasional, Institut Kemahiran MARA (IKM) dan
Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA).
Mengutamakan pekerja tempatan
● Menggalakkan majikan mengutamakan pengambilan pekerja tempatan
berbanding buruh asing kecuali dalam sektor kritikal seperti perladangan
dan pembinaan.
● Kerajaan boleh mengurangkan cukai keuntungan kepada majikan yang
mengambil pekerja tempatan.
Info
Sehingga 31 Mac 2019, jumlah pekerja asing tidak mahir yang direkodkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia melalui
pengeluaran Pas Lawatan (Kerja Sementara) – PLKS yang sah dan aktif adalah seramai 2,026,623 orang manakala
jumlah pegawai dagang adalah seramai 123,623 orang. Jumlah ini masih terkawal berdasarkan unjuran keperluan
pekerja asing yang disasarkan pada tahun 2020 di RM Ke – 11 iaitu sebanyak 2.34 juta pekerja asing.
(Sumber: Parlimen Malaysia, 2019)
181
181

