Page 73 - Geografi_Tingkatan_4
P. 73
5.1 STRUKTUR BUMI
Bumi terbahagi kepada tiga lapisan utama iaitu kerak
bumi, mantel dan teras bumi. Teras bumi pula terdiri
daripada teras luar dan teras dalam (Rajah 5.1).
Mantel
Benua
Teras
Luar SIAL
Kerak Bumi
SIMA
Teras Laut
Dalam Mantel
Ketakselanjaran
Mohorovicic
Rajah 5.1 Struktur bumi
a Lapisan SIAL
Kerak Bumi • Lapisan SIAL kaya dengan Silika dan Aluminium.
• Batuan utamanya granit.
• Terletak di atas SIMA.
Ciri-ciri • Ketebalan antara 30 – 50 km.
• Kerak bumi ialah lapisan luar bumi • Ketumpatan 2.65 g/cm³ – 2.7g/cm³.
yang bersifat pejal dan keras.
• Kerak bumi terbahagi kepada dua b Lapisan SIMA
bahagian iaitu SIAL dan SIMA.
• Ketebalan kerak bumi adalah • Lapisan SIMA kaya dengan Silika dan Magnesium.
antara 5 – 65 km. • Batuan utamanya basalt.
• Terletak di bawah lapisan SIAL.
• Ketebalan antara 5 – 10 km.
• Ketumpatan 2.8 g/cm³ – 3.1g/cm³.
5A Model struktur bumi
Tajuk: Struktur bumi.
Objektif: 1. Mengenal pasti lapisan struktur bumi.
2. Menghasilkan model struktur bumi.
Bahan/alatan: Plastisin, pen penanda pelbagai warna dan kertas A4.
Langkah-langkah:
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil.
2. Murid menghasilkan struktur bumi menggunakan plastisin.
3. Murid melabel struktur bumi.
4. Murid membentangkan ciri-ciri struktur bumi di hadapan kelas.
62
62

