Page 77 - Geografi_Tingkatan_4
P. 77
Kesan pergerakan plat di negara-negara yang berada di kawasan Lingkaran Api Pasifik telah
menyebabkan wujud beberapa fenomena alam seperti tsunami, gempa bumi dan letusan
gunung berapi.
Foto 5.1 Kejadian tsunami di Tohoku (Jepun) pada tahun 2011
Tsunami
● Gempa bumi yang berlaku di dasar lautan berisiko tinggi menghasilkan gegaran dan ombak
besar (tsunami) membanjiri pesisiran pantai.
● Contoh kejadian tsunami di Acheh (Indonesia), 2004 dan Tohoku (Jepun), 2011 telah
menyebabkan kemusnahan harta benda dan mengorbankan nyawa ramai penduduk
di kawasan tersebut.
Info
Lingkaran Api Pasifik merupakan Bab 05 http://kubupublication.com.my/Geografi/Tingkatan4/Video4.html
Video4
66
kawasan yang mengalami aktiviti Layari laman sesawang http://kubupublication.com.my/
gunung berapi dan gempa bumi Geografi/Tingkatan4/Video4.html untuk maklumat lanjut
yang mengelilingi Lautan Pasifik. tentang Video tsunami di Jepun.
(Sumber: Rosenberg, Matt, 2018) (Dicapai pada 21 Mac 2019)
66
66

