Page 78 - Geografi_Tingkatan_4
P. 78
Gempa bumi Foto 5.2 Gempa bumi di Palu, Sulawesi (Indonesia) pada tahun 2018
● Gempa bumi boleh berlaku di daratan dan juga di dasar lautan.
● Gempa bumi di daratan berlaku di Ranau (Sabah), Jun 2018 dan Greece, Oktober 2018.
● Gempa bumi di lautan seperti Palu, Sulawesi (Indonesia), September 2018.
Letusan gunung berapi
● Letusan gunung berapi terjadi apabila arus
perolakan berlaku dalam mantel dan memaksa
magma keluar ke permukaan bumi melalui
rekahan kerak bumi semasa pergerakan plat.
● Magma yang keluar ke permukaan bumi akan
membentuk lava iaitu lava asid dan lava bes.
● Lava asid lebih pekat, mengalir perlahan,
cepat membeku dan membentuk cerun curam.
● Lava bes bersifat cair, lambat membeku,
mengalir jauh dan membentuk cerun landai.
● Contoh letusan Gunung Berapi Kilauea
(Hawaii) dan letusan Gunung Berapi Fuego
(Guatemala) pada November 2018. Foto 5.3 Letusan gunung berapi Kilauea (Hawaii)
pada tahun 2018
Bab 05 Video5 67
http://kubupublication.com.my/Geografi/Tingkatan4/Video5.html
Layari laman sesawang http://kubupublication.com.my/Geografi/Tingkatan4/Video5.html
untuk maklumat lanjut tentang bentuk muka bumi yang terhasil akibat letusan gunung berapi.
(Dicapai pada 21 Mei 2019)
67
67

