Page 16 - Sains_Tingkatan 4
P. 16

Langkah Keselamatan di dalam Makmal  Bab 1


                  Peralatan Perlindungan Diri di dalam Makmal
                  Peralatan perlindungan diri yang disediakan di dalam makmal ialah seperti penyiram kecemasan,
                  pembilas mata, kebuk wasap dan kabinet aliran laminar. Walaupun terdapat alat-alat perlindungan
                  diri di dalam makmal, setiap kemalangan atau kecederaan di dalam makmal perlulah dilaporkan
                  dengan segera kepada guru.












                       Kabinet aliran                                              Penyiram kecemasan
                          laminar                                                     (Safety shower)
                   (Laminar flow cabinet)
                                                                                    Penyiram kecemasan
                    Kabinet ini digunakan                                            digunakan untuk
                     untuk mengelakkan                                              membersihkan dan
                     kontaminasi semasa                                          membilas bahagian badan
                      aktiviti berkaitan                                             atau pakaian yang
                    dengan mikrobiologi                                             terkena bahan kimia
                        dijalankan.                                                   dengan segera.



















                         Kebuk wasap
                        (Fume chamber)
                                                                                       Pembilas mata
                                                                                      (Eyewash station)
                  Kebuk wasap digunakan untuk
                    menjalankan eksperimen
                    yang menggunakan bahan                                         Pembilas mata digunakan
                   yang mudah meruap, mudah                                          untuk membilas dan
                   terbakar, beracun, mengakis                                        mencuci mata yang
                          dan berbau.                                                terkena bahan kimia
                                                                                        dengan segera.




                                     Gambar foto 1.2 Peralatan perlindungan diri di dalam makmal

                                                                                                       5
                     1.1.1





         BAB01_FA_CR_3.indd   5                                                                        31/10/2019   1:41 PM
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21