Page 19 - Sains_Tingkatan 4
P. 19

Prosedur Operasi Standard (POS) pelupusan bahan sisa biologi ialah prosedur yang digunakan
                 bagi tujuan mengurus pelupusan sisa biologi di makmal.

                                  Jadual 1.1 Prosedur Operasi Standard pelupusan bahan sisa biologi
                  Kategori
                  bahan sisa       Kategori A       Kategori B         Kategori C         Kategori D
                  Jenis bahan    Peralatan tajam  Pepejal tidak tajam  Bangkai, organ       Cecair
                  sisa biologi

                  Contoh       •  Picagari      •  Sarung tangan  •  Haiwan makmal   •  Darah
                               •  Jarum         •  Tisu          •  Haiwan uji kaji  •  Serum
                               •  Bilah skalpel  •  Medium kultur
                  Pengurusan   •  Masukkan ke   •  Bungkus dan   •  Dibalut dalam    •  Dinyahkontaminasi
                  sisa biologi   dalam bekas khas  masukkan ke     bahan penyerap      secara autoklaf
                                 (bekas sisa tajam)  dalam beg plastik   (kertas tisu),   •  Dilupuskan secara
                               •  Tidak diautoklaf  biobahaya      dibungkus rapi di   terus ke dalam sistem
                               •  Bekas disimpan   •  Diautoklaf dan   dalam beg plastik   kumbahan melalui
                                 di tempat yang   dimasukkan       biobahaya dan       singki makmal
                                 selamat sebelum   ke dalam tong   disejuk beku        atau tandas
                                 dilupuskan       biobahaya        sebelum dilupuskan


                                          Kategori bahan sisa:
                   Lakukan                Kategori A −  Disimpan sementara di tempat yang selamat
                   pengasingan            Kategori B −  Dimasukkan ke dalam beg autoklaf kalis bocor dan
                   sisa di puncanya                   diautoklaf (suhu 121°C, tekanan 15 psi, 20 minit)
                   dengan betul.          Kategori C −  Dibungkus dengan cermat dan disimpan sementara
                                                      di dalam penyejuk beku



                    Sisa yang telah         Sisa yang telah dibungkus itu dilabelkan dan dimasukkan ke
                    dinyahkontaminasi       dalam tong biobahaya. Tong biobahaya disimpan sementara
                    dimasukkan ke dalam     dalam keadaan selamat, terkawal dan disejukkan sebelum
                    beg biobahaya.          pelupusan berpusat dijalankan.

                              Rajah 1.1 Carta alir Prosedur Operasi Standard pelupusan bahan sisa biologi
                              (Sumber: Pengurusan Makmal Jabatan Kimia, Fakulti Sains, UTM)




                       Aktiviti       1.2                                             Pembentangan Hasil Sendiri


                 Tujuan: Membuat persembahan multimedia tentang idea baharu untuk mengurus bahan   PAK21
                 sisa biologi pada masa depan.
                 Arahan:
                 1.  Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
                 2.  Bincangkan idea baharu cara untuk menguruskan bahan sisa biologi yang tidak dapat ditampung
                    oleh Bumi pada masa depan seperti mencipta alat pelupusan atau insinerator masa depan.
                 3.  Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda dalam bentuk persembahan multimedia.


                  8
                                                                                                  1.2.3





         BAB01_FA_CR_3.indd   8                                                                        31/10/2019   1:42 PM
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24