Page 18 - Sains_Tingkatan 4
P. 18
Langkah Keselamatan di dalam Makmal Bab 1
Antara contoh bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki ialah:
• sisa pepejal
• bahan yang mempunyai nilai pH kurang daripada 5 dan lebih
daripada 9
• sebatian pelarut organik
• bahan kimia (asid, gris, minyak, cat minyak, hidrogen peroksida)
• bahan toksik
• logam berat
• bahan sisa organik (mikrob dan bangkai haiwan)
• bahan buangan radioaktif
• bahan meruap
• bahan reaktif
Bahan-bahan ini boleh menyebabkan pencemaran alam dan berbahaya kepada hidupan.
Aktiviti 1.1 Pembentangan Hasil Sendiri
Tujuan: Mencari kesan pembuangan bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki. PAK21
Arahan:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Cari kesan pembuangan bahan-bahan berikut ke dalam singki:
• sisa pepejal
• bahan dengan nilai pH kurang daripada 5 dan lebih daripada 9
• gris dan minyak
• logam berat
• bahan sisa organik (mikrob dan bangkai haiwan)
3. Gunakan pelbagai sumber seperti Internet dan perpustakaan untuk mendapatkan maklumat.
4. Bentangkan hasil perbincangan anda di dalam kelas.
Mengurus Bahan Sisa Biologi Galeri Sains
Galeri
Bahan sisa biologi
Apakah yang merangkumi bahan
anda buang itu? buangan biologi yang
Bukan semua boleh menimbulkan
bahan sisa biologi kemudaratan atau
boleh dibuang ke bahaya biologi.
dalam singki atau Bahan sisa biologi
bakul sampah di ini termasuklah
dalam makmal. bahan kumuhan, tisu,
bangkai, medium
Betul ke cikgu? kultur, bekas
Bagaimanakah plastik, kaca dan
Bahan sisa biologi diuruskan dengan
menggunakan Prosedur Operasi Standard cara menguruskan sarung tangan.
(POS). Mari kita lihat jenis bahan sisa bahan sisa biologi?
biologi dan POS untuk menguruskannya.
1.2.2 7
1.2.3
BAB01_FA_CR_3.indd 7 31/10/2019 1:42 PM

