Page 277 - Sains_Tingkatan 4
P. 277

...  ...
                       Aktiviti      12.4                                                 Fikir-Pasang-Kongsi


                 Tujuan: Mengumpulkan maklumat tentang sejarah pengeboman bom atom di Hiroshima   PAK21
                 dan Nagasaki serta ujian nuklear.
                 Arahan:
                 1.  Jalankan aktiviti ini secara berpasangan.
                 2.  Kumpulkan maklumat tentang sejarah pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki serta
                    ujian nuklear dengan melayari laman web yang berkaitan.
                 3.  Persembahkan hasil dapatan kumpulan anda di hadapan kelas.






                            Praktis Formatif 12.3
                            Praktis Formatif

                    1.  Nyatakan tiga kesan buruk yang boleh berlaku jika penggunaan senjata nuklear diteruskan.
                    2.  Apakah tujuan ujian nuklear dijalankan?




                  12.4     Tenaga Nuklear di Malaysia



                 Kewajaran Pembinaan Stesen Jana Kuasa Nuklear di Malaysia
                 Dalam subtopik 12.1, anda telah mengetahui manfaat dan kesan buruk penggunaan tenaga
                 nuklear. Di Malaysia, 70% daripada sumber tenaganya dijana daripada gas asli. Petroleum, gas asli
                 dan arang batu merupakan sumber bahan api fosil yang tidak boleh baharu.
                     Beberapa orang murid telah ditanya tentang kewajaran pembinaan stesen jana kuasa nuklear
                 di Malaysia. Berikut menunjukkan pendapat yang diberikan oleh mereka.




                                     Pada pendapat saya, Malaysia perlu membina
                                     stesen jana kuasa nuklear untuk menampung
                                     permintaan pengguna terhadap tenaga elektrik
                                     yang semakin meningkat.
                         NADIA


                                                     Saya kurang setuju kerana reaktor
                                                     nuklear menghasilkan sisa radioaktif
                                                     yang berbahaya kepada manusia dan       NAGESH
                                                     alam sekitar jika tidak dikendalikan
                                                     dengan cermat.






                266
                                                                                                 12.4.1





         Bab 12_CR_3.indd   266                                                                        31/10/2019   1:50 PM
   272   273   274   275   276   277   278   279   280   281   282