Page 273 - Sains_Tingkatan 4
P. 273
Negaraku
Malaysia memiliki sebuah reaktor nuklear berkuasa 1 MegaWatt milik Agensi Nuklear Malaysia. Reaktor
TRIGA PUSPATI (RTP) mula beroperasi pada 28 Jun 1982. RTP ini merupakan jenis kolam yang direka
bentuk supaya eksperimen boleh dijalankan di bahagian teras reaktor tersebut. Namun, reaktor ini hanya
untuk tujuan latihan, penyelidikan dan penghasilan radioisotop sahaja. Malaysia perlu membina sebuah
reaktor nuklear yang mampu menghasilkan tenaga 1000 MegaWatt jika mahu menjalankan penjanaan
elektrik bersumberkan tenaga nuklear.
Reaktor Triga Penggunaan Tenaga Nuklear bagi Negara
Puspati yang Menggunakannya
http://
bukutekskssm/ Sehingga kini, tenaga nuklear terus menjadi pilihan bagi negara-
Sains/T4/Hlm262.
VIDEO negara di dunia sebagai sumber alternatif tenaga elektrik. Terdapat
mp4
beberapa sebab mengapa negara-negara ini memilih tenaga nuklear
sebagai sumber tenaga negara mereka.
Galeri Sains Kurang sumber tenaga lain
Galeri
• Kebanyakan negara yang menggunakan tenaga nuklear kurang
sumber tenaga lain seperti arang batu dan petroleum. Kos yang
amat tinggi diperlukan jika mereka mengimport sumber tenaga
ini dari negara lain. Oleh itu, mereka perlu menggunakan sumber
tenaga lain seperti tenaga nuklear.
Keluasan negara yang besar serta kepadatan penduduk yang tinggi
Makmal Nasional Argonne
• Negara China contohnya adalah sangat besar dan mempunyai
Makmal Nasional kepadatan penduduk yang tinggi. Kuasa dan tenaga yang
Argonne merupakan
sebuah makmal yang dihasilkan oleh tenaga nuklear cukup besar sehingga mampu untuk
dibina khusus untuk menjanakan tenaga elektrik ke seluruh negara mereka.
pembangunan dan
perkembangan dalam
bidang fizik nuklear. Sumber pendapatan negara
Makmal ini telah dibina di
pinggir bandar Chicago, • Reaktor nuklear di Slovakia contohnya mampu menghasilkan
Amerika Syarikat. tenaga elektrik yang melebihi keperluan negaranya. Oleh itu,
Makmal yang telah mula mereka telah membekalkan tenaga elektrik itu kepada
beroperasi pada tahun
1940-an ini telah banyak negara-negara jiran dan mampu mendapat keuntungan
yang lumayan.
memberikan sumbangan
dalam bidang fizik
nuklear. Hampir semua
reaktor nuklear yang Teknologi yang canggih
telah dibina pada hari
ini ialah hasil daripada • Kajian dan pembangunan sentiasa dilakukan oleh negara-negara
kajian mendalam yang yang menggunakan tenaga nuklear. Hasilnya kini, mereka telah
dijalankan di Makmal
Nasional Argonne ini. berjaya memiliki teknologi yang lebih canggih serta mampu
mengurangkan risiko-risiko yang berlaku kepada reaktor nuklear.
Contohnya seperti pembinaan Makmal Nasional Argonne yang
dimiliki oleh Amerika Syarikat.
262
12.2.3
Bab 12_CR_3.indd 262 31/10/2019 1:49 PM

