Page 274 - Sains_Tingkatan 4
P. 274

Tenaga Nuklear  Bab 12
                  ...  ...
                         Aktiviti     12.3                                                 Fikir-Pasang-Kongsi

                  Tujuan: Mencari maklumat dan membuat perkongsian penggunaan tenaga nuklear     PAK21
                  di negara tertentu.
                  Arahan:
                  1.  Jalankan aktiviti ini secara berpasangan.
                  2.  Dapatkan sekeping kad yang tertulis nama sebuah negara yang menggunakan tenaga nuklear
                     daripada guru anda.
                  3.  Kumpulkan maklumat tentang penggunaan tenaga nuklear di negara itu.
                  4.  Persembahkan hasil dapatan anda di hadapan kelas.


                             Praktis Formatif
                             Praktis Formatif 12.2


                    1.    Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
                    (a)   Proses              berlaku apabila satu              membedil satu nukleus
                        berjisim besar dan              kepada dua nukleus baharu berjisim lebih kecil yang
                        hampir sama serta lebih stabil dengan pembebasan           .
                    (b)   Proses pelakuran nukleus hanya berlaku pada          yang tinggi sahaja.




                   12.3     Impak Penggunaan Tenaga Nuklear



                  Penggunaan tenaga nuklear perlu dikawal dengan baik supaya dapat   Laman Sejarah
                  memberikan manfaat kepada manusia dan alam sekitar. Oleh sebab
                  tenaga nuklear semakin banyak digunakan di seluruh dunia, kita     J.Robert Oppenheimer
                  perlu mengetahui impak penggunaan tenaga ini terhadap kehidupan    merupakan individu
                                                                                     pertama yang
                  dan persekitaran.                                                  mencipta bom atom di
                                                                                     dunia. Beliau digelar
                                                                                     sebagai ‘Father of
                  Impak Penggunaan Senjata Nuklear                                   the Atomic Bomb’.
                  Pada sekitar tahun 1940-an, penyelidikan awal tentang tenaga       Bom ciptaannya
                                                                                     telah digunakan
                  nuklear dijalankan untuk menghasilkan bom. Hasil sampingan         oleh tentera Amerika
                  daripada pembelahan nukleus di dalam reaktor nuklear, iaitu        Syarikat dalam Perang
                  plutonium boleh digunakan untuk membuat bom atom. Dunia            Dunia Kedua. Walau
                                                                                     bagaimanapun, beliau
                  telah menyaksikan satu malapetaka yang amat dahsyat apabila        berasa amat menyesal
                  tenaga nuklear digunakan untuk menghasilkan senjata nuklear.       selepas menyaksikan
                  Senjata nuklear pernah digunakan semasa Perang Dunia Kedua oleh    sendiri kemusnahan
                  Amerika Syarikat terhadap Hiroshima dan Nagasaki.                  akibat ledakan
                                                                                     bom atom.








                                                                                                      263
                    12.3.1





         Bab 12_CR_3.indd   263                                                                        31/10/2019   1:49 PM
   269   270   271   272   273   274   275   276   277   278   279