Page 151 - BUKU TEKS SAINS TAHUN 5
P. 151

IMBAS KEMBALI
                   IMBAS KEMBALI



             1.  Sumber tenaga elektrik adalah daripada stesen jana kuasa seperti stesen
               jana kuasa angin, stesen jana kuasa ombak, stesen jana kuasa hidroelektrik,
               sel suria, sel kering, dinamo, akumulator dan penjana.
             2. Mentol boleh disusun secara bersiri atau selari.


             3. Contoh lakaran litar untuk susunan secara bersiri dan selari menggunakan
               simbol adalah seperti yang berikut:











                                 lakaran litar bersiri    lakaran litar selari



             4. Kecerahan mentol dalam litar boleh diubah dengan cara:
               • mengubah bilangan mentol atau bilangan sel kering pada litar bersiri.
               • mengubah bilangan sel kering pada litar selari.

             5. Perbezaan keadaan mentol antara litar bersiri dengan litar selari
               apabila satu suis dibuka adalah seperti yang berikut:

                            Litar bersiri                              Litar selari




                                                              Suis X dibuka
                                                                                        A
                Suis X dibuka        Suis Y ditutup           Suis Y ditutup

                                                                                        B
                   Semua mentol tidak menyala.           Mentol pada cabang Y masih menyala.

            6. Faktor yang mempengaruhi penggunaan tenaga elektrik:
               • Menggunakan kipas berbanding dengan penyaman udara.
               • Menutup suis lampu semasa tidur.
               • Tidak membiarkan peralatan elektrik terpasang jika tidak digunakan.
               • Tidak membiarkan peti sejuk terbuka untuk jangka masa yang lama.
               • Mengurangkan penggunaan pemanas air semasa mandi.
               • Menggunakan lampu jimat tenaga seperti lampu LED berbanding
                  dengan lampu filamen.                                                           141
   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156