Page 152 - BUKU TEKS SAINS TAHUN 5
P. 152

7. Kesan kecuaian semasa pengendalian peralatan elektrik:
               • renjatan elektrik.
               • litar pintas.
               • kebakaran.

             8. Langkah-langkah keselamatan ketika mengendalikan peralatan elektrik:
               • Peralatan elektrik yang rosak hendaklah dibaiki oleh pihak yang bertauliah.
               • Pastikan tangan kering semasa menyentuh suis.
               • Sambungkan hanya satu plag pada satu soket.
               • Suis pada soket perlu dimatikan sebelum mencabut plag daripada soket.
               • Wayar yang rosak perlu digantikan dengan wayar yang baharu.

                   ASAH MINDA
                   ASAH MINDA



             Jawab soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.

             1.  Nyatakan semua sumber yang menghasilkan tenaga elektrik.

             2. Perhatikan komponen litar di bawah:















                   mentol                suis              sel kering      wayar penyambung
                                                                              berklip buaya


               (a)  Dengan menggunakan semua komponen di atas, hasilkan lakaran
                    gambar rajah bagi dua jenis litar yang berbeza menggunakan simbol.

               (b)  Mentol dalam susunan yang manakah menyala lebih cerah? Mengapa?

               (c)  Jelaskan perbezaan antara susunan mentol dalam litar bersiri dengan
                   litar selari dalam jadual di bawah.

                              Litar                   Bersiri                 Selari

                      Susunan mentol


          142
   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157