Page 156 - BUKU TEKS SAINS TAHUN 5
P. 156

HABA DAN SUHU


           Ana dan rakannya makan di sebuah kedai makan.

                                                     Bagaimanakah air panas
                 Aduh, panasnya!                     menjadi sejuk?












                                                                              Air menjadi sejuk
                                                                              apabila haba
                Tunggulah                                                     dibebaskan
                sekejap supaya                                                ke persekitaran.
                air itu sejuk sedikit.

           Haba ialah suatu bentuk tenaga yang dipindahkan
           kerana terdapat perbezaan suhu. Suatu bahan akan
           menjadi lebih panas apabila menerima haba. Suatu bahan
           akan menjadi lebih sejuk apabila kehilangan haba.

                                                        Bagaimanakah kita mengukur
                                                                                               SEKOLAH KEBANGSAAN SINAR
                                                        suhu sesuatu bahan?
        Suhu ialah darjah kepanasan atau darjah

        kesejukan suatu bahan. Suhu diukur dengan                                     takat didih
        menggunakan termometer. Unit piawai yang digunakan                            air 100°C
        untuk mengukur suhu ialah darjah Celsius. Simbol darjah
        Celsius ialah °C. Lihat gambar termometer yang berikut.
                                                                                      suhu badan
                                                                                      normal 37°C


                                               tiub                                   takat beku
               INFO SAINS               skala suhu                                    air 0°C

         Selain darjah Celcius, kita
         juga boleh menggunakan                                                        cecair
         darjah Fahrenheit (°F) yang        cecair                 cecair              alkohol
         terdapat pada termometer                                  merkuri
         untuk mengukur suhu.


         146                                     termometer bilik    termometer makmal
                         6.1.1
   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161