Page 110 - BUKU TEKS PJPK 2021
P. 110

Akibat Kecuaian


               Melecet


           Pada hari Ahad yang lepas, Rizal telah pergi berjoging
           bersama-sama keluarganya. Selepas itu, kaki Rizal telah
           melecet. Apakah punca kaki Rizal melecet?






              Mungkin
           kamu memakai
             kasut yang
                ketat.
















             Antara punca melecet termasuklah:
              •  Geseran antara pakaian dengan kulit, contohnya kasut dan pinggang kain
                 atau seluar yang ketat.
              •  Geseran antara peralatan dengan kulit, contohnya penggunaan cangkul.
              •  Geseran antara kulit dengan kulit, contohnya pada bahagian paha.



               Melecur

           Rajandran pula telah melecur di bahagian
           kaki. Apakah punca melecur?



             Antara punca melecur termasuklah:
             •  Terkena air atau cecair masakan yang panas.
             •  Tersentuh objek panas, misalnya seterika.
             •  Terkena percikan api.
             •  Terkena cecair bahan kimia yang menghakis,
                 misalnya asid.
             •  Terdedah terlalu lama pada sinaran matahari.




         102         9.1.1
   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114