Page 106 - BUKU TEKS PJPK 2021
P. 106

Tahu Kandungan, Terjamin Kesihatan

           Encik  Syed sering  mengingatkan  anak-anaknya, Lili  dan Julia,  agar
           membaca label pada bungkusan makanan sebelum membelinya. Label
           pada bungkusan makanan memberikan maklumat tentang kandungan
           nutrien yang terdapat dalam produk makanan tersebut.




                                             Antara kebaikan dan kepentingan membaca label
                     Apakah
                kepentingan dan              pada bungkusan makanan termasuklah:
               kebaikan membaca
             label pada bungkusan            •  Mengetahui jenis nutrien yang terkandung dalam
                   makanan?                     makanan tersebut.
                                             •  Mengetahui kualiti makanan berdasarkan bahan
                                                atau ramuan yang digunakan.
                                             •  Menjamin kualiti makanan berdasarkan tarikh
                                                luput yang dinyatakan.



                                 Saya tahu roti ini mengandungi
                                    gula dan garam setelah
                                    membaca ramuan yang
                                   digunakan untuk membuat
                                   roti ini. Oleh itu, saya akan
                                  mengehadkan pengambilan
                                bilangan roti pada setiap sajian.

                                                                    Saya aktif dan suka
                         Saya sedang                           bersukan. Saya memerlukan
                 berusaha menurunkan berat                  lebih tenaga dan tulang yang kuat.
                 badan. Roti ini mengandungi             Roti ini mengandungi nutrien yang saya
             29.2 gram karbohidrat dan 1.4 gram           perlukan, iaitu karbohidrat dan mineral
               lemak bagi dua keping roti. Oleh            (kalsium). Saya boleh menambahkan
              itu, saya boleh mengawal kuantiti              bilangan keping roti untuk setiap
                 pengambilan makanan, iaitu                   sajian bagi mendapatkan lebih
               dengan mengehadkan sekeping                            banyak nutrien.
                    roti pada setiap sajian.



















         98
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111