Page 94 - BUKU TEKS PJPK 2021
P. 94

E•  PERHUBUNGAN
            E

           Persahabatan yang Sihat
           Vithia dan Aminah bersahabat baik. Mereka saling bertolak ansur, mengambil
           berat, menghormati, empati dan memberikan komitmen antara satu sama
           lain. Vithia dan Aminah berfikiran terbuka dan bertutur dengan bahasa yang
           sopan. Mari kita lihat amalan yang dilakukan oleh mereka dalam persahabatan.



                                         CIRI-CIRI PERSAHABATAN
                                                 YANG SIHAT
          1
               Sentiasa ikhlas
               membantu rakan yang
               dalam kesusahan.                                            4
                                                                              Bersangka baik
          2                                                                   dengan rakan.

           Berbudi pekerti
           dalam tingkah laku
           dan bersopan dalam                                              5
           percakapan.
                                                                             Setia dalam
                                                                             persahabatan dan
           3                                                                 tidak mengkhianati
                                                                             rakan.
               Menghormati
               hak dan barang
                                                                          6
               kepunyaan rakan.
                                                                             Sentiasa menyokong
                                                                             tindakan baik yang
                                                                             dilakukan oleh rakan.











                                     PENGAYAAN
                                                                                        KBAT
                    Sebarkan maklumat 3S, iaitu               Apakah tindakan kamu
                   “SENYUM, SALAM, SAPA”                      apabila mengetahui rakan
                   melalui penghasilan penanda                kamu telah mengkhianati
                   buku dan berikan kepada                    persahabatan?
                   rakan baik kamu.


         86
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99