Page 131 - BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 131
Membaca
Adopsi Kupu-kupu
Adopsi Kupu-kupu
Izzah melayari Internet untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
gurunya. Tiba-tiba, dia terlihat iklan yang menyentuh hatinya.
atkan Kupu-kupu
Selamatkan Kupu-kupu
Selam
Ribuan beluncas terpaksa dihapuskan kesan daripada Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). Bagi mengelakkan tindakan tersebut, pihak Taman Rama-rama
dan Reptilia Melaka (MBRS) melancarkan Program Adopsi Kupu-kupu. Pihak MBRS
mengharapkan orang ramai agar membantu mereka menangani krisis ini.
Kepompong-kepompong ini tidak boleh dilepaskan kerana kesemuanya ialah
hasil pembiakan di dalam makmal sepenuhnya. Jika dilepaskan, mungkin akan
memberikan kesan sampingan kepada kawasan persekitaran. Hal ini disebabkan
beluncas akan memakan daun dengan banyaknya selama dua hingga tiga
minggu sebelum berubah bentuk ke peringkat seterusnya. Bagi membela nasib
kupu-kupu tersebut, orang ramai yang berminat boleh membantu pihak MBRS
dengan membuat pembelian kepompong kupu-kupu tersebut.
ADOPSI RM20.00
ADOPSI
KUPU-KUPU
KUPU-KUPU
Orang ramai boleh memiliki dan dapat setiap set anda dapat:
merasai pengalaman menyaksikan proses 1 kepompong
kupu-kupu keluar daripada kepompong. 1 balang kaca
Anak-anak juga dapat melihat kitaran hidup
seekor kupu-kupu. Pasti pengetahuan dan Sila Hubungi:
pengalaman menarik ini dapat diaplikasikan
dalam pembelajaran mata pelajaran Sains 06-12345678
di sekolah. 016-1234567
Layari laman sesawang www.butterflyreptile.com
[Sumber: Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka (MBRS)]
122

