Page 132 - BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 132

Selepas membaca iklan tersebut, Izzah berkongsi maklumat dengan
             kawan-kawannya. Kemudian, mereka berbincang dalam Twitter.





                                          Izzah.Faizal
                                          4 Tweet
                      Laman Utama      Tweet      Tweets & balasan  Media    Suka
                      Teroka              Izzah@Izzah.Faizal  .  18 min.

                      Pemberitahuan      Saya ada terbaca iklan tentang Program Adopsi
                                         Kupu-kupu. Program ini membolehkan para peminat
                      Mesej
                                         kupu-kupu mendapatkan kepompong dengan
                                      . .  harga RM20.00. Pembeli akan dapat melihat kitaran
                      Tanda Buku      .
                                         hidup kupu-kupu yang cantik. Apakah pendapat
                      Senarai            kawan-kawan tentang iklan adopsi kupu-kupu ini? Ada
                                         sesiapa yang berminat?
                      Profil

                      Lagi                Faris@Faris.Borhan  .  9 min.
                                         Pada pendapat saya, program ini sangat berfaedah.
                                         Kita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan tentang
                                         kehidupan kupu-kupu. Kita perlu menyokong program ini
                                      . . .  kerana kemungkinan kepompong-kepompong ini akan
                                         dihapuskan. Saya akan bertanyakan pendapat ibu saya
                                         sekejap lagi.
                    Izzah
                    @Izzah.Faizal
                                         Amna@Amna.Azman  .  8 min.
                                         Bagi saya pula, tiada masalah kerana harganya berpatutan.
                                         Kita pula boleh membelinya secara dalam talian. Saya
                                         juga akan meminta kebenaran daripada ibu bapa saya
                                      . . .  terlebih dahulu.
                                         Faris@Faris.Borhan  .  6 min.
                                         Saya merumuskan _____
                                      . .

                                         Izzah@Izzah.Faizal  .  4 min.
                                         Saya meramalkan _____
                                      . .


                 Aktiviti

             Baca, fahami, dan taakul maklumat bahan multimedia. Kemudian, buat
             rumusan dan ramalan.
                Nota Guru
                     • Bimbing murid membaca dan memahami maklumat berdasarkan bahan multimedia.
              2.2.1  • Bimbing murid menaakul maklumat untuk membuat rumusan dan ramalan.
                       Strategi PdP: Pembelajaran Berasaskan Projek      KBAT: Menilai – Meramalkan   123
                       EMK: Sains dan teknologi
   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137