Page 155 - BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 155

Membaca


                                          Perikanan Darat
                                          Perikanan Darat
           Semasa di pusat sumber sekolah, Irfan telah membaca majalah. Dalam majalah
           itu, terdapat cerpen dan iklan tentang perikanan darat.


                                            Nelayan Tasik Biru
                                            Nelayan Tasik Biru
           Dani melihat tiga buah bot sedang menghampiri jeti. Tiba-tiba, Dani terkenang akan
           kegigihan nelayan Tasik Biru membina jeti itu. Mereka sepakat menyumbangkan buah
           fikiran, tenaga, dan wang.
              “Apakah yang kaumenungkan, sahabat?” tiba-tiba suara Alwi memecah lamunan
           Dani.
              “Eh, Alwi! Aku teringat akan jerih perih kita memajukan kegiatan perikanan
           di sini,” kata Dani.
              “Banyak yang telah kita lalui, Dani. Segala cabaran kita atasi. Aku masih ingat, Tasik
           Biru ini telah diserang oleh ikan raja. Habis anak ikan tempatan seperti tilapia, baung,
           dan lampam dimakannya,” keluh Alwi.
              “Benar, Alwi. Ikan import yang berasal dari Sungai Amazon itu telah mengancam
           pembiakan ikan tempatan. Ikan itu pada mulanya hanyalah ikan hiasan. Siapatah
           yang tidak bertanggungjawab telah membuangnya ke dalam Tasik Biru,” tambah Dani.
              Untuk mengatasi masalah itu, Dani telah mengadakan pertandingan memancing
           ikan raja. Pertandingan itu mendapat sambutan hangat. Selepas pertandingan, kaki
           pancing masih digalakkan untuk memancing ikan pemangsa itu. Jabatan Perikanan
           Negeri pula telah memacakkan papan tanda larangan, “Dilarang Melepaskan Ikan
           Import ke dalam Tasik”.
              Lama-kelamaan, ikan raja semakin pupus di Tasik Biru. Ikan-ikan tempatan dapat
           membiak kembali. Hasil tangkapan nelayan pun meningkat semula.
              “Syukur, Dani. Kita dapat mengatasi serangan ikan raja itu,” kata Alwi.
              “Syukur, Alwi. Sumbangan engkau pun besar juga kepada nelayan Tasik Biru.
           Koperasi nelayan yang kautubuhkan itu banyak
           membantu  mereka memasarkan hasil tangkapan
           dan produk daripada ikan. Mereka juga dapat
           menabung untuk keperluan pada masa hadapan,”
           Dani memuji Alwi.
              Dani dan Alwi melemparkan pandangan
           ke Tasik Biru. Jauh di sudut hati, mereka berharap
           agar Tasik Biru akan terus menjadi punca rezeki
           nelayan darat di kampung mereka.









               Ikan tilapia                      Ikan patin                      Ikan lampam
         (Macrognathus aculeatus)             (Pangasius spp.)               (Puntius schwanefeldii)

          146
   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160