Page 158 - BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 158
Seni Bahasa
Seloka Menjadi Penternak
Seloka Menjadi Penternak
Audio seloka
Audio seloka
Kerana susah mencari wang
Masa depan semakin kabur
Banyak graduan lepas peluang
Bidang ternakan tidak dicebur.
Peluang kerja tiada kelibat
Kalau memilih kerja yang enak
Tidak mengapa sijil yang hebat
Daripada menganggur baik menternak.
Mahu kerja berpakaian cantik
Tapi permohonan tidak berbalas
Elok diternak ayam dan itik
Daripada diternak sifat pemalas.
Kerja berpeluh badan sakit
Hasilnya nanti tentu berpada
Tidak mengapa kotor sedikit
Daripada segak duit tak ada.
Kerja begini elak tekanan
Kerenah orang makin berkurang
Kalau didamping haiwan ternakan
Tekanan hilang berpunca orang.
Seloka dikarang bermotivasi diri
Jangan terlalu pilih kerjaya
Bidang ternakan tinggi potensi
Usah lepaskan peluang yang ada.
Nukilan: Ibnu Din Assingkiri
Aktiviti
Lafazkan dan lagukan seloka dengan nada yang sesuai serta nyatakan
pengajarannya.
Nota Guru
• Bimbing murid melafazkan dan melagukan seloka dengan nada yang sesuai.
4.2.1 • Bimbing murid menyatakan pengajaran yang terkandung dalam seloka.
Strategi PdP: KP – Muzik KBAT: Mengaplikasi – Melagukan 149
EMK: Nilai Murni – Bercita-cita

