Page 159 - BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 159

Tatabahasa


                                        Ketam Nipah Kotak
                                        Ketam Nipah Kotak
           Irfan terbaca iklan dalam Internet tentang kursus penternakan ketam nipah
           di dalam kotak. Dia telah berjumpa dengan Pak Cik Rasid.

         CARIAN     Ketam nipah di dalam kotak

                      Semua  Imej  Video  Jualan  Peta  Lagi
                          SYARIKAT AKUAKULTUR MESRA
                         KURSUS PENTERNAKAN
                         KETAM NIPAH                      Bayaran: RM899.00
                         DI DALAM KOTAK                   Tarikh Kursus:
                                                          • 17 Oktober 20  • 12 Disember 20
                         Anda berminat? Hubungi kami.     • 24 Oktober 20  • 19 Disember 20
                         Anda berminat? Hubungi kami.
                                        012-3456789                  Pilih tarikh yang sesuai dengan anda.
                                        AkuakulturMesra
                                        AkuakulturMesra
                                        akuakultur.blogspot.com
           Ketam Nipah                                   Makanan Ketam Nipah
           •  membiak secara semula jadi di kawasan      •  dihasilkan daripada ikan baja yang
             paya bakau, kuala sungai, atau tepi pantai    disiang, iaitu dibuang kepala, ekor,
           •  boleh diternak di dalam kolam di sekitar     dan isi perut
             paya bakau tetapi memerlukan kawasan        •  diberikan satu atau dua kali sehari
             yang luas
                                                         Penyakit Ketam Nipah
           Penternakan di dalam Kotak                    •  berpunca daripada kualiti air
           •  menggunakan kotak gentian yang disusun       yang kurang baik
             bertingkat                                  •  perlu diatasi dengan membuat
           •  di mana-mana tempat bertutup yang            pemantauan dari tengah malam
             berbumbung, berdinding, dan mempunyai         hingga awal pagi
             punca kuasa elektrik
                                   Ingin tahu lebih lanjut? Ikuti kursus kami.
                                   Ingin tahu lebih lanjut? Ikuti kursus kami.
           Irfan:          Apa khabar, Pak Cik Rasid?
           Pak Cik Rasid: Khabar baik, Irfan. Sudah lama Irfan tidak datang ke rumah
                           pak cik. Tentu ada hal menarik yang hendak Irfan sampaikan.
           Irfan:          Saya teringat akan pak cik apabila terbaca iklan tentang kursus
                           penternakan ketam nipah. Adakah pak cik masih berminat untuk
                           menternaknya?
           Pak Cik Rasid: Ya, pak cik masih berminat. ____?
           Irfan:          ____.

               Aktiviti


           Teliti ayat penyata dan ayat tanya. Kemudian, lengkapkan dialog dan lakonkan.
                     Nota Guru
                         •  Bimbing murid memahami ayat penyata dan ayat tanya berdasarkan bahan.
                   5.3.2  •  Bimbing murid melengkapkan dialog dengan menggunakan ayat penyata dan ayat tanya.
          150
          150              Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme      KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
                           EMK: Nilai Murni – Kesungguhan
   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164