Page 164 - BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 164
Seni Bahasa
Ada Padi Ada Beras
Ada Padi Ada Beras
Petak sawah telah pun kering
Padi masak kian menguning
Makin menunduk makin berisi
Menunggu masa untuk dituai.
Waktu ini musuhnya banyak
Tikus, burung, serangga perosak
Tanpa dijaga tiada sisa
Segala usaha hanya sia-sia.
Telah diletakkan orang-orang
Tin-tin bertali juga direntang
Tikus dan burung lalu berundur
Racun serangga turut disembur.
Jentera gagah turun ke sawah
Menuai padi dengan megah
Ke badan lori padi dipunggah
Dihantar ke kilang tiada lengah.
Beras asalnya daripada padi
Setelah dimasak menjadi nasi
Dimakan kenyang senang hati
Syukur mendapat nikmat rezeki. Info
Bahasa berirama ialah susunan kata-kata yang
Begitulah jasa pak tani mempunyai rentak dan keindahan yang tersendiri.
Kepada tanah dia berbudi Dari segi penciptaan, bahasa berirama tidak terikat
seperti penciptaan pantun dan syair.
Jasa yang baik kita hargai
Hasilnya padi kita nikmati.
Nukilan: Amira Salma
Aktiviti
Persembahkan bahasa berirama dengan penuh penghayatan dan
keindahan bahasa.
Nota Guru
• Bimbing murid mempersembahkan bahasa berirama dengan penuh penghayatan dan
4.2.2 keindahan bahasa.
Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mencipta – Mempersembahkan 155
EMK: Nilai Murni – Kesyukuran

