Page 162 - BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 162

Kebun Dapur


                                            Ruang kecil di rumah seperti di (hadapan/halaman)
                                            rumah, belakang rumah, balkoni, atau atas bumbung
                                            digunakan untuk bercucuk tanam. Tanaman boleh
                                            ditanam di atas tanah, di dalam beg politena, atau
                                            di dalam pasu. Selain itu, (bahan/barang) terpakai
                                            juga boleh digunakan sebagai ganti pasu. Hasil kebun
                                            dapur lazimnya digunakan untuk kegunaan sendiri.





                               Kebun Komuniti

             Tanah di kawasan perumahan menjadi tempat
             bertani. Daripada kebun ini, petani bandar
             mendapatkan barang dapur. Selain itu, masyarakat
             dapat mempelajari pelbagai perkara tentang
             pertanian. Antaranya termasuklah mereka belajar
             (membina/membuat) tapak semaian, membatas,
             dan (merenjis/menjirus) tanaman. Hasil jualan
             tanaman juga digunakan untuk usaha kebajikan.






                                                              Kebun Institusi

                                               Kebun ini bertujuan untuk pendidikan, terapi minda,
                                               dan (khidmat bakti/ khidmat masyarakat). Letaknya
                                               di institusi awam  atau institusi  swasta  seperti
                                               sekolah, hospital, pejabat, dan tempat ibadat.
                                               Kebun ini diurus oleh staf institusi berkenaan. Hasil
                                               jualan tanaman digunakan untuk kebajikan atau
                                               dimasukkan ke dalam (dana/tabung) kewangan
                                               institusi.



                 Aktiviti

             Baca teks dan rujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan
             dan penggunaan perkataan yang tepat.
                 Nota Guru
                     •  Bimbing murid membaca teks dan merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari
              2.1.2    makna perkataan.
                     •  Bimbing murid menentukan penggunaan perkataan yang tepat.               153
                       Strategi PdP: Belajar Cara Belajar        KBAT: Menilai – Menentukan
                       EMK: Nilai Murni – Kerajinan
   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167