Page 168 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 168

MATLAMAT KOKURIKULUM


                         Melahirkan murid yang cergas dan baik kesihatan fizikal bagi mencapai
                          kecemerlangan dalam kokurikulum.
                         Melahirkan murid yang aktif, berdisiplin, bersemangat sukan dan jati diri yang
                          tinggi untuk mencapai kecemerlangan.
                         Mewujudkan iklim sekolah yang ceria dan selamat dengan wujudnya penyatuan
                          pelbagai kaum dalam aktiviti kokurikulum.
                         Menyediakan  peluang penyertaan  kepada semua murid melalui program dan
                          aktiviti kokurikulum.
                         Memastikan setiap murid menyertai tiga komponen aktiviti kokurikulum yang wajib
                          disertai.
                         Memastikan pemantauan dan penilaian kokurikulum  dilaksanakan dengan
                          sewajarnya.
                         Melahirkan kemenjadian murid yang mempunyai nilai kasih sayang serta hormat
                          menghormati melalui aktiviti kokurikulum dan sukan.
                         Memastikan semua guru melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan berusaha
                          untuk mencapai kecemerlangan dengan prasarana yang sedia ada.
                         Memperseimbangkan perancangan program kokurikulum selaras dengan
                          Falsafah Pendidikan Negara.


                                           OBJEKTIF KOKURIKULUM


                       Merancang, mengurus dan menentukan pelaksanaan program pendidikan
                         kokurikulum bersemuka mahupun secara atas talian yang bertepatan ke arah
                         pembentukan insan seimbang dan harmonis.
                       Meningkatkan kepimpinan dalam pengurusan program pendidikan kokurikulum
                       Membantu dalam pengelolaan program pendidikan kokurikulum bagi pihak Unit
                         Sukan PPD Petaling Perdana dan JPN Selangor.
                       Mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi diri
                         ke peringkat lebih tinggi untuk memenuhi aspirasi masyarakat dan negara.
                       Menyediakan  platform bagi murid-murid mengasah serta memperagakan bakat

                         kecemerlangan demi masa depan dan kerjaya.






















                                 PENGURUSAN SERI INDAH  2022/23  "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE"        168
   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173