Page 171 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 171
1.3 Tanggungjawab Setiausaha Sukan/Penolong Setiausaha Sukan
• Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta pekeliling-pekeliling
yang berkaitan dengan kokurikulum.
• Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah
• Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti
MSSD/MSSN/MSSK.
• Membantu Pengetua dan PK Kokurikulum dalam pengagihan tugas kepada guru-
guru, perancangan, pelaksanaan dan penilaian murid dalam sukan dan
permainan.
• Menetapkan murid dalam Rumah Sukan dan Kelab Sukan dan Permainan.
• Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan berkaitan
sukan dan permainan.
• Mengurus dan menyelaraskan pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti sukan
di luar sekolah.
• Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti sukan dan permainan
dipatuhi.
• Memastikan rekod dan data berkaitan sukan diselenggara dengan baik.
• Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
• Menyimpan dan mengemas kini buku stok dan inventori peralatan sukan.
• Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
• Memastikan borang-borang berkaitan sukan yang digunakan dikemaskinikan dan
mencukupi.
• Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah
untuk edaran, rujukan dan rekod.
• Sentiasa berbincang dengan Pengetua dan PK Kokurikulum untuk kepentingan sukan
sekolah.
• Merekodkan pencapaian cemerlang murid dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod
Pencapaian Sukan Sekolah.
• Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti sukan dan mengadakan
latihan dengan mereka.
• Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran
diri.
• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan PK Kokurikulum
dari semasa ke semasa.
PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 171

