Page 170 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 170

PENGURUSAN KOKURIKULUM 2022/2023


                1.    JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM

                Pengerusi             :   Pengetua                        Pn. Roslina Binti Che Omar@Talib
                Timb. Pengerusi       :   Penolong Kanan Kokurikulum      Pn. Mazuraini Binti Abdul Malek
                Naib Pengerusi I      :   Penolong Kanan Pentadbiran      En. Mohammad Bin Ismail
                Naib Pengerusi II     :   Penolong Kanan HEM              Pn. Sharmila Binti Ali
                Naib Pengerusi III    :   Penolong Kanan Petang           Pn. Nor Zizan Binti Abdul Rahman

                                      :   Setiausaha Kokurikulum          Pn. Siti Suzana Binti Mohamed Taib
                                      :   PSU Kokurikulum (Petang)        Pn. Nur Syuhada Binti Md Hashim
                                      :   Setiausaha Sukan                Pn. Seleeyna Binti Abu Bakar
                                      :   PSU Sukan (Petang)              En. Mohd Harun Bin Ismail @ Hassan


             1.1  Tugas Jawatankuasa Induk Kokurikulum
                  •     Merancang aktiviti kokurikulum sekolah – Rancangan Jangka Panjang/Pendek.
                  •     Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
                  •     Menentukan peraturan/ketetapan kokurikulum sekolah.
                  •     Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
                  •     Memastikan penglibatan murid menyeluruh.
                  •     Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat
                        daerah/negeri/kebangsaan.
                  •     Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
                  •     Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, Merentas Desa, Hari Kokurikulum dan
                        kegiatan lain.
                  •     Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
                  •     Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah.
                  •     Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan
                        digunakan.
                  •     Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan murid yang telah
                        menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.

            1.2  Tugas Setiausaha Kokurikulum/Penolong Setiausaha Kokurikulum
                  •     Menyediakan surat panggilan mesyuarat untuk semua ahli Majlis Kokurikulum apabila
                        diarah oleh Pengerusi.
                  •     Mencatat minit mesyuarat dan menyediakan draf untuk semakan pengerusi.
                  •     Mengedarkan minit mesyuarat kepada semua ahli Majlis Kokurikulum.
                  •     Menguruskan fail-fail yang berkaitan.
                  •     Menyusun tugas dalam bidang Kokurikulum.
                  •     Menyusun Jadual/Takwim Aktiviti Kokurikulum.
                  •     Mengadakan taklimat pemilihan Aktiviti Kokurikulum kepada murid-murid.
                  •     Memastikan semua murid melibatkan diri dalam mana-mana satu Kelab atau
                        Persatuan, satu Sukan & Permainan dan  satu Badan Beruniform.
                  •     Menyediakan, mengedarkan borang-borang yang berkaitan dan buku laporan kepada
                        guru penasihat, mendapatkan maklum balas dan mengumpulkan untuk dijilidkan.
                  •     Menyelaras dan menetapkan tarikh semua aktiviti kokurikulum.








                                 PENGURUSAN SERI INDAH  2022/23  "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE"        170
   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175