Page 183 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 183

Program-Program Kokurikulum 2022/2023

              BIL    PROGRAM                                     TARIKH                  SASARAN

               1.    Kem Kepimpinan Kokurikulum                 30.5.2022         AJK Tertinggi setiap Unit
                     (TERAJU SERI INDAH)

               2.    Pertandingan Kawad Kaki                    15.6.2022              Semua Murid
                     (BITARA SERI INDAH)

                3    Kejohanan Sukan Olahraga dan Balapan       15.7.2022              Semua Murid
                     SEINDAH 2022

               4.    Perkhemahan PBB (BITARA SERI              22-24.7.2022            Semua Murid
                     INDAH)
               5.    Pelancaran Kibar Jalur Gemilang            16.8.2022              Semua Murid

               6.    Ambang Kemerdekaan                         30.8.2022              Semua Murid
               7.    Penutupan Bulan Kebangsaan                 15.9.2022              Semua Murid

               8.    Hari Kokurikulum                           28.9.2022              Semua Murid

               9.    Hari Sukan Negara                          7.10.2022              Semua Murid

              PANDUAN KESELAMATAN  PELAKSANAAN KOKURIKULUM
              1     Pengurusan Aktiviti Pelancongan

             ●   Semua murid mesti menyerahkan borang kebenaran ibu bapa/ penjaga yang telah
                 ditandatangani kepada guru penasihat.
               Kebenaran untuk membuat lawatan/pelancongan telah diperoleh daripada Pejabat Pendidikan
                 Daerah berdasarkan borang pelancongan (Akta Pelancongan 1957).
               Pemandu/pihak yang menguruskan pengangkutan telah mendapat kelulusan/permit daripada
                 Jabatan Pengangkutan Jalan.
               Murid diminta duduk di tempat masing-masing di dalam bas. Tidak dibenarkan duduk
                 berkumpul di satu tempat duduk dalam jumlah yang ramai.
               Murid tidak dibenarkan berdiri di tangga bas walaupun dalam keadaan pintu tertutup.
               Apabila bas berhenti untuk tujuan R&R, murid diminta turun dalam keadaan tertib dan tidak
                 berebut-rebut.
               Murid diminta berhati-hati semasa melintas jalan.
               Apabila sampai ke destinasi, murid diminta berada dalam kumpulan. Murid tidak dibenarkan
                 sama sekali berseorangan apabila membuat lawatan.
               Gunakan kemudahan tong sampah yang disediakan di dalam bas. Jangan membuang sampah di
                 jalan raya.
               Jika ada murid yang mabuk (hendak muntah), gunakan beg muntah yang disediakan. Murid
                 boleh mengambil pil tahan muntah daripada guru pengiring (dengan kebenaran ibu
                 bapa/penjaga).
               Nombor telefon guru pengiring hendaklah ditinggalkan di sekolah/ibu bapa untuk tujuan
                 rujukan atau kes-kes kecemasan.
               Murid tidak dibenarkan mengeluarkan tangan, kepala dan sebagainya melalui tingkap bas
                 apabila bas sedang bergerak.
               Murid tidak dibenarkan menjerit, membuat bising dan sebagainya kerana perbuatan ini akan
                 mengganggu ketenteraman murid lain.


                                 PENGURUSAN SERI INDAH  2022/23  "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE"        183
   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188