Page 185 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 185

3     Panduan Keselamatan Penyelenggaraan Peralatan Sukan (Stor Sukan)

                  Guru-guru mestilah mengawasi dan peka terhadap keselamatan murid-murid yang
                  melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan sukan. Langkah-langkah keselamatan perlu
                  diwujudkan dan diamalkan untuk mengelak dan mengawal sebarang kemungkinan
                  berlakunya kemalangan dalam kalangan murid ketika mereka menjalani aktiviti di sekolah,
                  sama ada aktiviti pembelajaran, kegiatan kokurikulum atau sukan. Sehubungan dengan  itu;

                  •     Murid hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga untuk
                        mengambil bahagian dalam aktiviti sukan.
                  •     Bagi semua aktiviti lasak, murid-murid dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor
                        terlebih dahulu.
                  •     Pastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang berbahaya (lembing,
                        peluru, cakera, tukul besi, tiang lompat tinggi, tiang lompat bergalah, kayu hoki, kayu
                        golf, bad kriket, bola hoki, bola billiard, dark spikes, anak panah dan peralatan
                        gimnastik) diadakan pada hari atau masa yang berasingan dengan latihan sukan lain.
                  •     Peralatan berbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaannya dengan
                        rapi sepanjang masa.
                  •     Alat-alat sukan mestilah diletakkan di tempat khas yang mudah diambil oleh oleh orang
                        yang ditugaskan sahaja.
                  •     Setiap alat yang dikeluarkan dari stor sukan mestilah direkodkan dalam buku keluar
                        masuk alat-alat sukan oleh guru atau jurulatih sahaja.
                  •     Peralatan yang rosak hendaklah dilaporkan kepada pentadbir untuk diperbaiki atau
                        dimusnahkan.
                  •     Semua peralatan yang sudah tamat tarikh luput hendaklah dimusnahkan dengan
                        segera.
                  •     Menjadi satu kesalahan jika membeli, meminjam atau memberi pinjam, menggunakan
                        peralatan sukan yang tidak mendapat pengiktirafan daripada Badan Sukan.
                  •     Kawasan larangan dan berbahaya (kolam renang, dewan gimnastik, bilik kecergasan/
                        latihan beban, stor sukan, kawasan berpagar, tempat menyimpan peralatan sukan yang
                        besar seperti tiang gol) ialah kawasan yang dibenarkan kepada guru atau jurulatih
                        sahaja untuk mengawasi aktiviti sukan.
                  •     Sebarang kemalangan atau kecederaan hendaklah disiasat dan dilaporkan kepada
                        Pengetua dengan segera.
                  •     Semua aktiviti sukan berkemahiran tinggi seperti gimnastik terjun dan lain-lain perlu
                        diajar oleh guru sukan/jurulatih yang bertauliah sahaja.
                  •     Pastikan ada ‘life saver’ yang bertauliah semasa aktiviti-aktiviti sukan renang dijalankan.
                  •     Guru pengiring mestilah membuat laporan bertulis mengenai sebarang aktiviti yang
                        dijalankan kepada pihak sekolah.
                  •     Penggunaan ubat-ubatan dan dadah dalam sebarang aktiviti adalah dilarang sama
                        sekali.
                  •     Alat Bantu Kecemasan (ABK) mestilah lengkap dengan alatan asas, mudah diambil dan
                        diawasi oleh murid atau guru yang mendapat latihan asas mengenainya.











                                 PENGURUSAN SERI INDAH  2022/23  "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE"        185
   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190