Page 184 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 184

2     Panduan Tetap Keselamatan Aktiviti Perkhemahan

             ●   Semua murid diminta membawa borang kebenaran ibu bapa/penjaga yang telah
                 ditandatangani dan diserahkan kepada guru penasihat/bertugas.
               Semua khemah yang hendak didirikan mestilah dibuat dengan pengawasan guru bertugas.
                 Khemah tidak boleh didirikan di bawah pokok, berhampiran kawasan air seperti sungai, kolam
                 dan lain-lain.
               Kawasan perkhemahan hendaklah disembur dengan ubat anti nyamuk malaria dan aedes.
               Di sekitar kawasan perkhemahan telah diletakkan belerang bagi mengelakkan gigitan serangga.
               Murid dilarang sama sekali memasak di dalam khemah. Aktiviti memasak hanya boleh dibuat di
                 kawasan yang telah ditetapkan.
               Semua jenis peralatan yang berbahaya seperti pisau, parang dan sebagainya hendaklah
                 diletakkan di kawasan khemah yang disediakan. Alatan tajam tidak dibenarkan di bawa masuk
                 ke dalam khemah.
               Jika berlaku hujan lebat, ribut dan bencana alam, murid dikehendaki meninggalkan kawasan
                 perkhemahan dan bergerak ke kawasan yang ditetapkan oleh guru penasihat.
               Murid tidak dibenarkan sama sekali menyimpan barang-barang terlarang seperti rokok dan
                 sebagainya.
               Kawasan berair seperti kolam, tasik, danau dan sebagainya adalah kawasan larangan semasa
                 perkhemahan. Murid hanya boleh ke kawasan tersebut apabila diiringi oleh guru penasihat.
               Semua murid diminta memakai jaket keselamatan semasa terlibat dalam aktiviti air.
               Murid yang terlibat dalam aktiviti berisiko tinggi diminta mengemukakan status kesihatan
                 bebas daripada sebarang penyakit kepada guru pengawas, guru pengiring atau guru penasihat.






























                                 PENGURUSAN SERI INDAH  2022/23  "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE"        184
   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189