Page 190 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 190

7    Pengurus Stok

          Tugas-tugas Pengurus Stok
          1.    Menyediakan buku log senarai item dalam stok koperasi
          2.    Menerima stok bekalan daripada pengurus belian
          3.    Merekod stok baharu
          4.    Mengemas kini keluar/masuk stok secara mingguan/bulanan
          5.    Melapor kepada pengurus belian tambahan stok sebelum habis
          6.    Memastikan tempat menyimpan stok selamat daripada ancaman binatang atau bencana
                alam/sentiasa bersih dan kemas
          7.    Mengeluarkan stok atas permintaan pengurus jualan
          8.    Membuat semakan stok usang/rosak dan mencadang pelupusan atau hapus kira kepada lembaga
          9.    Memastikan borang-borang berkaitan stok digunakan
          10.  Menyediakan dan membuatkan laporan stok pada setiap mesyuarat ALK


           8    Audit Dalaman

          Tugas-tugas Audit Dalaman ialah:
          1.    Memeriksa dan mengaudit akaun-akaun dan rekod-rekod relevan koperasi secara bulanan dan
                memaklumkan lembaga sebarang perkara luar biasa yang diperoleh semasa pemeriksaan dan
                pengauditan.
          2.    Mengaudit dan memberi laporan mengenai penyata kewangan yang dikemukakan oleh lembaga
                selepas tamatnya tahun kewangan.
          3.    Memberi laporan:
                •   Sama ada penyata kewangan atau memberi gambaran sebenar dan saksama tentang transaksi-
                   transaksi kewangan dan kedudukan hal ehwal koperasi
                •  Perkara lain yang berbangkit daripada pengauditan sebagaimana yang difikirkan patut
                   dilaporkan.
          4.    Membuat pernyataan dalam laporannya sama ada rekod-rekod perakaunan dan rekod-rekod lain
                yang sepatutnya telah disimpan penerimaan, perbelanjaan dan pelaburan wang dan perolehan dan
                pelupusan aset oleh koperasi dalam tahun itu adalah mengikut akta ini, peraturan-peraturan dan
                undang-undang kecil koperasi
          5.    Melapor pada bila-bila masa kepada koperasi tentang apa-apa perkara yang berbangkit daripada
                kerja pengauditan.
          6.    Memastikan pengauditan akaun koperasi akan mengambil penelitian mengenai hutang belum jelas
                (jika ada), nilaian aset (jika ada) dan liabiliti koperasi.















                           “WORK EVEN HARDER WHEN NO ONE ELSE IS WATCHING.”


                                 PENGURUSAN SERI INDAH  2022/23  "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE"        190
   185   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195