Page 189 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 189
4 Pengurus Kedai
Tugas-tugas Pengurus Kedai/Belian
1. Membuat tinjauan keperluan warga sekolah
2. Mencari peluang untuk promosi barangan baharu bagi pihak koperasi
3. Mencadangkan kepada lembaga koperasi barangan/perkhidmatan yang hendak dibeli.
4. Menguruskan pembelian barang/perkhidmatan atas permintaan pengurus stok atau lembaga.
5. Menyerahkan barang belian kepada pengurus stok
6. Menyerahkan invois kepada bendahari dan menyimpan satu salinan untuk fail sendiri.
7. Menyimpan buku log belian
8. Mengemaskini buku log belian
9. Membuat laporan bulanan untuk belian
10. Menyediakan dan membuat laporan belian setiap mesyuarat ALK
11. Memastikan borang-borang yang berkaitan belian digunakan
5 Pengurus Saham
Tugas-tugas Pengurus Saham
1. Membuat dan menyediakan borang pendaftaran ahli
2. Membantu bendahari mengagihkan dividen kepada ahli
3. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan semasa mesyuarat lembaga
4. Menceriakan koperasi
6 Pengurus Jualan
Tugas-tugas Pengurus Jualan
1. Menerima stok untuk jualan mingguan/bulanan daripada pengurus stok
2. Memohon tambahan stok untuk jualan daripada pengurus stok
3. Menetapkan harga jualan berdasarkan keputusan ALK
4. Menguruskan jualan harian di kedai koperasi
5. Melantik pembantu jualan di kedai koperasi
6. Menyediakan jadual bertugas harian untuk jurujual
7. Mengira dan merekodkan hasil jualan harian/bulanan
8. Menyerahkan wang tunai hasil jualan harian kepada bendahari
9. Memastikan hanya guru atau murid yang bertugas sahaja berada di koperasi semasa jualan
berlangsung
10. Menyediakan dan membuatkan laporan jualan pada setiap mesyuarat ALK
11. Memastikan borang-borang berkaitan jualan digunakan
PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 189

