Page 161 - BUKU PENGURUSAN DASERA TERKINI 2019
P. 161

KHAMIS
                        7     Sepak takraw   SELASA


                             Latihan  sukan  dan  permainan  perlu  berjalan  sepanjang  tahun  untuk  memantapkan
                              pasukan.
                             Tambahan hari latihan amat digalakkan dan maklumkan kepada GPK Kokurikulum.



               3.     Sepertimana kurikulum, gerakerja kokurikulum juga mempunyai peranan dalam pembentukan
                      perkembangan jasmani dan rohani pelajar-pelajar (SPI sub 1.4 Bil 1/85).  Sehubungan dengan
                      itu perlaksanaan solat berjemaah dan program kerohanian dilaksanakan sebagai sebahagian
                      aktiviti kokurikulum pada hari dan masa berikut:

                                  HARI                      MASA
                                  Isnin, Selasa, Khamis     1.50 petang – 2.20 petang
                                  Rabu                      2.20 petang – 2.30 petang
                                  Jumaat                    7.30 pagi – 8.00 pagi


               4.  Latihan sebelum pertandingan

                   a.   Usaha mengenalpasti bakat di kalangan pelajar diadakan sepanjang tahun melalui pelbagai
                        aktiviti yang difikirkan sesuai dan wajar.


                   b.   Latihan pusat untuk pertandingan peringkat daerah perlu diadakan sekurang-kurangnya tiga
                        minggu sebelum pertandingan dan pada sebelah petang.


                   c.   Semua latihan atau aktiviti kokurikulum hendaklah di dalam kawasan sekolah kecuali atas
                        kebenaran pengetua.



                   d.   Latihan pusat apa-apa aktiviti kokurikulum pada sesi pagi persekolahan tidak dibenarkan
                        namun pengetua sahaja yang boleh dengan budi bicaranya memberikan kebenaran.


                   e.   Pelajar yang mewakili sekolah dalam mana-mana aktiviti hendaklah mendapat kebenaran
                        dan pengesahan kesihatan daripada ibu bapa atau penjaga secara bertulis.

                   f.   kepada  pengetua.  Pengesahan  kesihatan  daripada  klinik  atau  hospital  adalah  digalakkan.
                        Bagi aktiviti lasak, murid dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor.


                   g.   Pelajar-pelajar  dilarang  sama  sekali  menjalankan  aktiviti  sukan  di  tempat  lapang  semasa
                        cuaca buruk dan adanya kilat atau petir berhentikan aktiviti sukan apabila keadaan menjadi
                        gelap kerana hendak hujan. (SPI sub 4.9 Bil 9/2000).


                   h.   Pelajar yang mewakili sekolah berhak menerima elaun makan dan minum pada kadar yang
                        ditetapkan. (Jika penganjur program/aktiviti tidak menyediakan makan/minum).





                                                           151
   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166