Page 163 - BUKU PENGURUSAN DASERA TERKINI 2019
P. 163
memastikan guru pembimbing sentiasa bersama semasa aktiviti atau latihan kerana guru
adalah aset penting dalam setiap aktiviti. (SPI Bil 9.2000).
c. Pasukan atau pelajar yang terpilih berpeluang untuk menyertai pertandingan dan latihan
pusat di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan di bawah pengawasan / penyeliaan guru
penasihat.
d. Peralatan yang diperlukan oleh pelajar boleh dipinjam daripada sekolah melalui unit-unit
khas yang terdapat di sekolah dan hendaklah dilakukan oleh guru penasihat setelah
dipastikan selamat untuk diguna. Pinjaman peralatan daripada pihak luar hendaklah
dilakukan oleh guru penasihat melalui Pengetua. Pelajar mesti memulangkan peralatan yang
dipinjam mengikut jumlah dan dalam tempoh yang ditetapkan kepada guru-guru penasihat
untuk tindakan seterusnya. (SPI 9/2000).
e. Mana-mana aktiviti ko kurikulum tidak digalakkan pada hari cuti umum kecuali atas
kebenaran Pengetua.
f. Jika berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan, pelajar hendaklah melaporkannya
kepada guru penasihat atau guru permainan atau guru pemimpin dengan segera supaya
siasatan dan laporan boleh dilakukan.
g. Semua aktiviti luar sekolah mesti mendapat kelulusan PPD/JPN/KPM. Guru pengiring
perlu mematuhi beberapa perkara iaitu;(SPI 9/2000):
i. pelajar tersenarai sahaja dibenarkan mengikuti aktviti
ii. mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga
iii. sentiasa memberikan pengetahuan lisan atau betulis kepada pengetua tentang aspek-
aspek
keselamatan.
iv sentiasa membawa alat bantuan kecemasan
v. pastikan ada ‘live saver’ semasa aktiviti air seperti renang dijalankan.
8. Anugerah Kecemerlangan
a. Pengerusi , Timbalan Pengerusi, Setiausaha Kehormat, Setiausaha ICT, Bendahari dan Ketua-
Ketua Biro/Unit layak menerima anugerah Sijil Khas Kecemerlangan setelah dinilai dan disokong
oleh Guru Penasihat atas kecemerlangan kepimpinan, kehadiran dan penglibatan
b. Persatuan/Kelab Paling Cemerlang , Pasukan Beruniform Paling Cemerlang dan Permainan Paling
Cemerlang pada tahun berkenaan diberi pengikhtirafan tinggi oleh pihak sekolah semasa Hari
Anugerah Kecemerlangan Sekolah.
153

