Page 162 - BUKU PENGURUSAN DASERA TERKINI 2019
P. 162

5.     Tanggungjawab Ahli-Ahli Jawatankuasa:


                   a.   Semua  ahli  jawatankuasa  bertanggungjawab  melaksanakan  amanah  dengan  penuh  minat
                        dan kesungguhan dan  memahami bahawa organisasi yang hebat memerlukan perancangan
                        dan pelaksanaan yang luar biasa.




                   b.   Papan Kenyataan dan Buku Pengurusan Kokurikulum merupakan citra prestasi pengurusan
                        organisasi  yang  diurus  dan  yang  ditadbir.  Maka,  kedua-duanya  hendaklah  diselenggara
                        dengan baik. (PKI Bil 1/1986 KP(85) (SPI Bil 3/97).

                6.     Tanggungjawab pelajar sebagai ahli:


                   a.   Hari Rabu (kecuali cuti umum dan cuti sekolah) ialah hari unit beruniform sekolah. Setiap
                        pelajar MESTI  memakai uniform yang sesuai dan lengkap mengikut unit beruniform yang
                        dianggotai.  Guru-guru  pemimpin  sangat  digalakkan  memakai  uniform  pasukan.(SPI  Bil
                        1&2 1996).


                   b.   Semua  pelajar  mesti  memakai  pakaian  sukan  untuk  kegiatan  sukan/permainan.  Sebarang
                        ‘design’ tempahan T Shirt perlu mendapat kelulusan Pengetua. (SPI Bil 1&2 1996).


                   c.   Pelajar mesti hadir semasa aktiviti persatuan/kelab/unit beruniform sebagai ahli dan pelajar
                        perlu  melibatkan  diri  dalam  aktiviti  yang  diadakan.  Ahli  yang  tidak  hadir  mesti
                        menunjukkan  'tunjuk  sebab'  dan  kegagalan  hadir  90%  menyebabkan  mereka  tidak  layak
                        dicatat dalam mana-mana sijil atau surat sokongan sebagai 'ahli aktif.


                   d.   Pelajar  hendaklah  menunjukkan  rasa  bangga  dengan  menjadi  ahli  mana-mana
                        persatuan/kelab/pasukan  badan  beruniform  dan  sentiasa  membantu  ahli  jawatankuasa
                        menjayakan sesuatu aktiviti yang hendak dilaksanakan.



                   e.   Jumlah ahli bagi setiap persatuan/kelab/unit beruniform adalah terhad. Pelajar dinasihatkan
                        supaya  bertindak  cepat  untuk  mendaftar  sebagai  ahli.  Guru  penasihat  berhak  menolak
                        permohanan menjadi ahli yang telah mencukupi jumlah yang ditetapkan oleh Jawatankuasa
                        Kokurikulum sekolah.


                7.     Pelaksanaan Aktiviti


                   a.   Pelajar mesti menghormati dan menghargai guru-guru pemimpin atau guru-guru penasihat
                        atau guru-guru permainan serta bersedia untuk menerima bimbingan, nasihat dan teguran
                        semasa  aktiviti  atau  latihan  dijalankan.  Guru  pemimpin  atau  penasihat  bermaksud  guru-
                        guru  yang  dilantik  untuk  merancang  dan  melaksanakan  perancangan  persatuan  /  kelab/
                        pasukan badan beruniform / sukan. (SPI KP(85) 8591 Jld.11(29) 2 Jan 1985.


                   b.   Pelajar-pelajar berhak menerima bimbingan, penyeliaan dan pengawasan keselamatan oleh
                        guru-guru  yang  dilantik  semasa  latihan  atau  semasa  aktiviti  dijalankan.  Pelajar  mesti


                                                           152
   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167