Page 16 - Modul A+ Perniagaan Tg 4_Pan Asia Publications
P. 16
Bahagian B
Jawab semua soalan.
1. Gambar foto di bawah berkaitan dengan pembangunan produk sebuah organisasi perniagaan.
KIPAS TANPA
BILAH
©PAN ASIA PUBLICATIONS
Dengan bantuan rajah, jelaskan langkah-langkah pembangunan produk baharu di atas.
Penjanaan Penyaringan Pembangunan produk Pembangunan
idea idea dan pengujian konsep strategi pemasaran
Analisis Pembangunan Ujian
perniagaan produk pemasaran Komersialisasi
Penjanaan idea. Mendapatkan idea daripada permasalahan yang timbul dalam kalangan pengguna tentang
penggunaan kipas berteknologi tinggi. Maklumat diperoleh daripada pekerja organisasi atau luar organisasi.
Penyaringan idea. Idea-idea yang diperoleh akan dinilai agar menepati objektif sesebuah perniagaan dan
memilih satu idea yang berpotensi untuk dimajukan.
Pembangunan produk dan pengujian konsep. Setelah idea yang berpotensi dipilih, produk kipas tanpa
bilah akan dihasilkan dan akan diuji oleh kumpulan sasaran untuk mengetahui sama ada menepati cita rasa
mereka.
Pembangunan strategi pemasaran. Pelan pembangunan pemasaran mengenai produk kipas tanpa bilah ini
dibangunkan yang meliputi sasaran pasaran, posisi produk kipas, sasaran jualan, syer pasaran dan juga
matlamat keuntungan. Strategi ini melibatkan harga, produk, pengagihan dan promosi.
Analisis perniagaan. Kajian yang melibatkan jualan produk kipas tanpa bilah, kos yang terlibat serta unjuran
keuntungan akan dilakukan. Hal ini adalah untuk memastikan produk dapat memenuhi objektif yang
ditetapkan oleh perniagaan.
Pembangunan produk. Setelah pembangunan strategi pemasaran dan analisis perniagaan dilakukan ke atas
produk kipas tanpa bilah, perniagaan akan mereka bentuk produk daripada idea menerusi penghasilan
produk prototaip.
Ujian pemasaran. Kajian terhadap produk prototaip, iaitu kipas tanpa bilah ini dilakukan untuk mengetahui
sama ada mempunyai permintaan yang banyak daripada pengguna.
Komersialisasi. Sekiranya permintaan produk tanpa bilah meningkat, perniagaan akan komersialisasi produk
tersebut di pasaran. Hal ini melibatkan proses membuat keputusan berkaitan sasaran pasaran, waktu untuk
dipasarkan, sasaran pengguna dan cara promosi.
(12 markah)
97
04_Modul PA21 Prniagaan Tg4.indd 97 10/24/18 9:16 AM

