Page 17 - Modul A+ Perniagaan Tg 4_Pan Asia Publications
P. 17

KAJIAN KES




               Berdasarkan kes di bawah, jawab soalan-soalan yang berikut.


                  Syarikat  ABAZ  FROZEN  FOOD  Sdn.  Bhd.  adalah  sebuah  syarikat  yang  ditubuhkan  sekitar  tahun  2007.
                  Syarikat ini merupakan syarikat yang menghasilkan makanan sejuk beku yang beroperasi di sekitar negeri
                  Kedah. Syarikat ini diusahakan oleh Encik Zamri yang merupakan seorang graduan Ijazah Pentadbiran
                  Perniagaan daripada Universiti Utara Malaysia.
                      Sebelum ini, beliau memulakan satu perniagaan secara kecil-kecilan menggunakan modal melalui
                  simpanan beliau. Perniagaan beliau hanya menghasilkan karipap sejuk beku untuk dipasarkan di sekitar
                  kawasan setempat dan dibantu oleh isteri beliau, iaitu Puan Rafidah. Setelah beroperasi selama 2 tahun,
                   Zamri. ©PAN ASIA PUBLICATIONS
                  permintaan terhadap produk keluaran beliau mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga beliau
                  tidak mempunyai masa dan pekerja untuk menerima tempahan daripada pelanggan.
                      Disebabkan permintaan yang semakin meningkat, beliau telah mengambil lima orang pekerja
                  tambahan untuk membantunya dari segi proses pengeluaran. Beliau sentiasa memastikan setiap
                  pekerja  selesa bekerja dengan  memberikan  kemudahan yang  cukup serta  gaji yang berpatutan.  Beliau
                  juga  menerima  segala pendapat  dan pandangan  daripada pekerja  dalam  proses  menambahbaik  produk
                  keluarannya. Sebagai usahawan desa yang berpotensi, beliau telah memohon bantuan kewangan dan
                  peralatan daripada agensi kerajaan.
                      Permohonan daripada agensi kerajaan telah diluluskan dan beliau bercadang untuk mengembangkan
                  perniagaan ABAZ FROZEN FOOD Sdn. Bhd. ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau telah membuka sebuah
                  kilang memproses karipap sejuk beku di Merbok, Kedah dan seterusnya mengedarkan produknya di sekitar
                  Alor Setar dan Sungai Petani, Kedah. Di samping itu, beliau telah menambah bilangan pekerja seramai 20
                  orang untuk menampung permintaan yang semakin meningkat.
                      Kini, perniagaan beliau semakin hari semakin meningkat. Beliau telah mewujudkan unit-unit tertentu
                  untuk menguruskan perniagaan beliau agar lebih lancar dan sistematik. Setelah beroperasi hampir 12
                  tahun, beliau telah mengembangkan perniagaan produk sejuk beku ke seluruh negeri di Malaysia. Pelbagai
                  cabaran  telah  dihadapi  oleh  perniagaan  ABAZ  FROZEN  FOOD  Sdn.  Bhd.  seperti  kenaikan  harga  bahan
                  mentah seperti minyak masak, tepung dan sebagainya. Hal ini tidak mematahkan semangat beliau untuk
                  terus berusaha mengembangkan perniagaan ke peringkat global. Kini, perniagaan beliau telah menghasilkan
                  50 jenis produk sejuk beku dan produk tersebut dipasarkan ke negara serantau, iaitu Singapura, Thailand,
                  Filipina, Arab Saudi dan China.


                 1.  Nyatakan bentuk pemilikan perniagaan ABAZ FROZEN FOOD Sdn. Bhd.
                   Milikan tunggal / Syarikat sendirian berhad.
                                                                                                           [1 markah]


                 2.  Jelaskan sektor perniagaan ABAZ FROZEN FOOD Sdn. Bhd.
                   Sektor kedua. Perniagaan ini menjalankan proses menghasilkan barang separuh siap, iaitu karipap sejuk
                   beku.
                                                                                                           [2 markah]


                 3.  Senaraikan dua peranan kerajaan dalam memberi bantuan kepada usahawan seperti Encik Zamri dalam
                   mengusahakan perniagaan beliau.

                   Memberikan sumber pembiayaan, iaitu dari segi kewangan melalui agensi MARA kepada usahawan Encik


                   Memberikan latihan dan dan kursus kepada Encik Zamri untuk meningkatkan produktiviti.


                                                                                                           [2 markah]








                                                                                                                      99




       04_Modul PA21 Prniagaan Tg4.indd   99                                                                     10/24/18   9:16 AM
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22